Exco Selangor, Dr. Daroyah Alwi dari PKR menafikan laporan bahawa lapan ADUN parti berura - ura keluar daripada parti untuk menumbangkan Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali.
ADUN Sementa itu menegaskan, perkara seperti itu tidak akan berlaku dan sebarang cubaan untuk mengambil alih kuasa di Selangor seperti mana yang pernah berlaku di Perak hanya sia-sia.
"Yang disebut lapan ADUN PKR Selangor akan sertai sidang media (semalam). Itu memang tak akan pernah berlaku dan terlintas difikiran kami. (Apa yang berlaku di Perak) tidak akan berjaya untuk (dilakukan) di Selangor. Tidak akan (berjaya)," katanya.
Sebuah portal berita hari ini memetik sumber yang mendakwa kononnya ada lapan orang ADUN PKR semalam sepatutnya keluar parti untuk menjatuhkan Rejim Pakatan yang dikuasai mereka.
Sebaliknya hanya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang keluar PKR untuk menyertai Umno.
Daroyah juga berkata, dia bersama - sama dengan semua ADUN dari Pakatan akan tetap berdiri teguh dibelakang Azmin Ali dalam Rejim Pakatan Selangor yang sedia ada pada hari ini.
"Sudah tentu, kita kekal dengan prinsip (untuk) bersama dalam perjuangan PKR. Walau apa pun yang akan menganggu-gugat, kita tetap teguh dengan prinsip perjuangan PKR bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah.
"Dan di Selangor bersama Datuk Seri Azmin Ali. Itu kami tak berbelah bagi dalam hal tersebut," tegas beliau.
Semalam Tan Sri Muhammad yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor mengumumkan keluar PKR kerana kecewa parti itu tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam. Mat Taib menyertai PKR pada tahun 2015 setelah dua tahun menyertai PAS.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.