Sejak awal pagi tadi, tular status berkaitan dengan sidang media YAB Perdana Menteri petang ini melalui semua aplikasi media sosial, terutama sekali menerusi kiriman mesej Whatsapp.
Antara lain, isi kandungan status itu mendedahkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengadakan sidang media khas bersama - sama Ahli Majlis Tertinggi UMNO jam 4.45 petang ini.
Ekoran sebaran status tersebut, ramai penggiat media sosial dan aktivis mula membuat spekulasi rambang mengenai sidang media yang bakal diadakan oleh Perdana Menteri petang nanti.
Yang paling hangat, ramai yang berpendapat bahawa sidang media itu adalah untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum yang dijangka bakal diadakan tidak berapa lama lagi.
Tampil menafikan spekulasi tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamid mengesahkan bahawa berita berkaitan dengan pembubaran Parlimen itu adalah tidak benar.
Sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO itu juga turut menggesa agar semua pihak tidak mempercayai dengan spekulasi tersebut yang dianggap sebagai sebaran Berita Palsu.
"Saya sendiri terima mesej daripada rakan yang menunaikan haji di Makkah, yang bertanyakan mengenai kesahihan maklumat yang tersebar itu. Saya tak mahu mendahului Perdana Menteri, tetapi saya tak fikir ada pembubaran Parlimen dan tak mungkin pengumuman pembubaran Parlimen dibuat hari ini," katanya.
Selain daripada itu, ada juga yang turut mendakwa sidang media YAB Perdana Menteri itu berkemungkinan besar ada kaitan dengan rombakan kabinet dan kepimpinan Barisan Nasional.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa sidang media itu diadakan bagi menjawab beberapa isu berkaitan dengan pelaburan Malaysia di Amerika yang menjadi isu hangat baru - baru ini.
Tapi yang paling kelakar, ada pulak dikalangan penyokong - penyokong Pakatan yang Anti PAS mendakwa YAB Perdana Menteri akan mengumumkan pengisytiharan PAS menyertai Barisan Nasional.
Spekulasi itu dibuat bagi mengukuhkan lagi dakwaan kononnya PAS sekarang dah semakin rapat dengan UMNO. Malah parti itu juga didakwa turut menerima dedak dari Barisan Nasional.
Heh! Zaman sekarang ni, apa benda yang berlaku di Malaysia, kalau tak salah UMNO dan Barisan Nasional, semuanya ada kaitan dengan PAS. Yang buruk, semua PAS. Yang Bersih, Suci dan Murni semuanya puak Pakatan Haprak tu belaka!!!
pakatan hablau/lahabau dah ketar lutut...buat2 bising sekadar nak cover nervous jer tuuu....
BalasPadam