Selasa, Oktober 03, 2017

Kalau dibaca dengan betul, inilah sifat sebenar puak Pakatan Haprak tu. Amalan Politik mereka selama hari ini ternyata hanya sekadar RETORIK belaka. Maka sebab itu mereka dianggap sebagai MUNAFIK.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Tan Sri Muhammad Mohd Taib kembali menyertai UMNO baru - baru ini. Maka macam - macam tuduhan buruk dilemparkan terhadap dirinya.

Bahkan, bekas Perdana Menteri Malaysia yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Haprak tu juga turut melabelkan Tan Sri Mat Taib sebagai Katak hanya semata - mata kerana dia tidak mahu bersama Pakatan.

Tapi tak heran la sekiranya perkara yang sama akan dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu terhadap Tun Mahathir sekiranya dia juga mengambil tindakan untuk kembali menyertai UMNO.

Maka sudah pasti segala 'dosa - dosa' yang dilakukan sebelum ini akan diungkit semula. Malah pelbagai dakwaan serta tuduhan akan dilemparkan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
“Segala dosa-dosa Dr Mahathir akan disenaraikan semula oleh Pakatan Harapan apabila beliau kembali ke UMNO,” kata bekas aktivis DAP Shamsher Singh Thind membidas kerjasama bekas Perdana Menteri itu bersama bekas musuhnya dari DAP, Lim Kit Siang.
Soalnya, kenapa sekarang puak Pakatan Haprak tu boleh berhenti mengecam Tun Mahathir sedangkan pada suatu ketika dahulu, bekas Perdana Menteri itu dianggap sebagai 'Musuh Utama' mereka?

“Mereka kata saya kutuk Dr Mahathir Mohamad tapi tak kutuk Najib Razak. Saya nak tanya mereka, kenapa mereka boleh memaafkan Dr Mahathir? Mereka boleh benci Najib, tapi kenapa mereka boleh menyukai Dr Mahathir sampai menjadikan dia ketua pembangkang?
“Kalau Dr Mahathir adalah baik selama ini, maka Lim Kit Siang telah berbohong dan mengelirukan rakyat Malaysia. Kit Siang harus meminta maaf. Kalau Dr Mahathir adalah jahat maka dia harus meminta maaf. peliknya, dua-dua pun tak minta maaf,” ujar Shamser yang dipetik melalui status Facebok beliau.
Maka tidak mustahil sekiranya bekas Perdana Menteri itu memang sudah masak dengan permainan Politik puak Pakatan Haprak ni. Dek kerana itu la dia terpaksa kekal dalam Pakatan sebab takut segala dosa - dosa dia dibongkarkan semula dan dia pulak dilabelkan sebagai "Katak"!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping