Kira hebat juga la PAS ni sekarang sejak mereka keluar dari Pakatan. Diorang ni bukan setakat "Pukul Anak Sindir Menantu". Tapi diorang juga mampu "Bunuh 2 Burung Dengan 1 Batu".
Sama ada sengaja atau tidak disengajakan, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin dari kedua - dua parti ini seolah - olah dianggap satu sindiran secara terbuka diantara satu dengan yang lain.
Bagi sesetengah pihak, itu yang dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin kedua - dua parti itu buat kenyataan yang bertentangan. Nak pulak bila masing - masing sedang bermusuhan.
Kalau sebelum ini, Penasihat Seumur Hidup DAPigs, Si Apek Kit Siang tu tanpa segan silu melabelkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan gelaran "Monyet".
Kenyataan yang dibuat oleh Si Apek Kit Siang itu dianggap sebagai satu tindakan biadap dan memberikan gambaran seolah - olah DAPigs kecewa kerana GAGAL untuk mengawal SPRM.
Kali ini, PAS seolah - olah cuba menyindir DAPigs secara tidak lansung apabila wakil parti itu mengeluarkan ucapan 'Tahniah' kepada pihak SPRM diatas kejayaan yang dicapai setakat ini.
Dalam pasa masa yang sama, PAS juga katanya mendokong penuh usaha untuk menambah-baik dan memperkukuhkan lagi Suruhanjaya tersebut bagi pencegahan rasuah di Malaysia ketika ini.
"Menyedari hakikat itu, bagi memperkasakan lagi SPRM, Pas mendukung penuh penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai SPRM bertujuan bagi membolehkan badan itu melantik dan memecat pegawainya secara bebas tanpa melalui proses biasa yang dilalui penjawat awam iaitu menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Selain itu, Pas juga mendukung penuh cadangan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) kerana ia dilihat mampu mengekang kegiatan politik wang dalam kalangan parti-parti politik di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan pemimpin PAS itu juga merupakan satu tamparan hebat kepada PKR yang sebelum ini menolak saringan calon yang bakal bertanding dalam PRU yang akan datang.
Atau dalam erti kata mudahnya, pujian yang diberikan oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus kepada SPRM itu secara tidak lansung menyindir bekas rakan sekutu mereka yang kini menjadikan parti itu sebagai "Musuh Ketat" yang perlu dihapuskan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.