Selasa, Oktober 24, 2017

Amboi! Sampai tahap macam itu sekali ketaksuban suami sehingga menyebabkan isteri buat tuntutan cerai dimahkamah hanya semata - mata kerana fahaman Politik? Memang melampau betul!

Seorang wanita memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya atas 3 alasan, yang mana salah satunya ialah perbezaan pendirian Politik dimana suaminya didakwa terlalu taksub dengan PAS.

Dua lagi alasan Si Isteri yang disebut dalam tuntutan cerai itu ialah, suaminya telah menuduhnya sebagai MURTAD, dan tiada lagi persefahaman — Syiqaq (perselisihan) berpanjangan.

Dokumen tuntutan cerai itu telah dimuat naik melalui akaun Facebook yang turut dinyatakan tidak akan menuntut sebarang hak terhadap nafkah dan harta namun mahukan hak hadhanah.
Menurut dokumen itu juga, Si Isteri telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Kuantan. Tambah mengejutkan, Si Isteri itu mengakui dia sedang mengandung!

Katanya, Si Isteri itu dan suaminya ssbelum ini telah mengambil langkah, mengadu kepada ibu bapa dan ustaz sebagai usaha untuk terus mempertahankan rumahtangga. Tetapi tidak berhasil.
"Masalah rumah tangga saya akibat ketaksuban melampau encik suami terhadap PAS sudah bermula sejak tahun 2007. Pada tahun itulah saya lari dari rumah dan nekad untuk sambung belajar sebagai persediaan masa depan.
"Sengaja saya cari kampus di luar Pahang, agar dapat tinggal berjauhan dari encik suami. Saya dah jemu menghadap kesibukan encik suami dengan aktiviti parti syurga dia. 7 tahun saya sambung belajar, kami tinggal berasingan, maka perkahwinan kami bertahan untuk 7 tahun lagi," jelas wanita tersebut.
Tambah Si Isteri, walaupun sudah menamatkan pelajaran, ketaksuban terhadap PAS semakin dahsyat sehingga suaminya mendakwa adalah berdosa jika dia tidak mengutamakan parti dari keluarga.
"Rupa-rupanya dia sudah dahsyat didoktrin oleh PAS, hinggakan dia rasa sehari tanpa kerja jemaah akan mendekatkan dia dengan neraka.
"Saya sudah letih berebut encik suami dengan parti syurga untuk hak-hak saya dan anak-anak yang sentiasa encik suami anggap nombor dua. Nevermind, PAS boleh ambil encik suami sekarang untuk jadi hamba abdi parti sepenuh masa," katanya lagi.
Sebagai kesimpulannya, ketaksuban Si Suami terhadap parti Politik ni dah terlalu melampau sehingga tanggungjawab terhadap isteri pun sanggup diabaikan. Persoalannya, macam mana pula dengan tanggungjawab parti terhadap ahli - ahlinya???
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Fitnah apakah ini? Cerita lgsg xmsk akal hanya straf dogeng budak darjah 3. Semua tahu syaitan jin & syaitan manusia adalah sejahat2 makluk sgup lakukan apapun utk mghancurkan islam sapa kiamat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping