Khamis, Oktober 26, 2017

Puak pembangkang dikalangan Pakatan Haprak tu dilihat terlalu ghairah membongkar hal-hal peribadi pemimpin tertentu dengan niat jahat biarpun perbuatan keji sedemikian amat memualkan.

Kader-kader politik pembangkang dan 'askar siber upahan' mereka juga seperti sudah didik untuk melakukan kerja bermoral seperti itu selain mendedahkan hal-hal peribadi pemimpin UMNO.

Padahal perbuatan seperti itu amat ditegah oleh ajaran Islam. Atas sebab itu menyentuh isu perbadi seperti itu tidak termasuk dalam agenda perjuangan UMNO dan Barisan Nasional amnya.

Sebenarnya bukan susah sangat untuk melondehkan puak Pakatan Haprak tu dengan serangan fitnah menerusi media sosial sepertimana yang telah mereka lakukan selama hari ini.

Pemimpin UMNO boleh sahaja lakukan kerja untuk 'melondehkan' kemaluan pemimpin - pemimpin puak Pakatan Haprak tu termasuk dalam kalangan pemimpin wanita mereka.

Bahkan, kain politik Wan Azizah selaku Presiden PKR juga boleh dilondehkan, tetapi pemimpin UMNO tidak tergamak membuat pilihan sedemikian kerana dia juga beragama Islam!

Pemimpin UMNO masih mempunyai ketinggian moral dan budi pekerti dalam Politik. Mereka tidak bersarang dengan fitnah untuk sengaja melondehkan kain pemimpin pembangkang.

Pemimpin UMNO bukan seperti pembangkang. Mereka tidak hidup dengan mencipta dan menyebarkan fitnah serta tohmohan secara membabi buta seperti yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu.

Sedangkan serangan fitnah pada alaf ini begitu mudah dan berjalan lancar kerana disokong kecanggihan alam siber. Itulah yang dimanfaatkan oleh puak pembangkang yang membudayakan politik fitnah dan adu domba.

Di hujung jari, fitnah dan pembulian politik dilakukan pembangkang menerusi aplikasi media baru untuk mencemar reputasi pentadbiran YAB Perdana Menteri, BN dan UMNO itu sendiri.

Peperangan alam siber seolah-olah sudah tidak dapat dikawal lagi dan menjadi sebahagian daripada sumber informasi rakyat. Tak kira la sama ada sumber itu fitnah, bohong atau auta sekali pun.

Ianya tidak lagi menjadi satu penilaian wajib. Tapi sebaliknya masyarakat menerima tanpa banyak soal. Inilah petaka teknologi maklumat yang disaringkan pembangkang dengan propaganda murahan.

Blok pembangkang sudah sebati dengan pencacian dan bahan fitnah, bukannya memberikan buah fikiran berguna untuk membentuk budaya bangsa dan negara yang membangun. Mereka terlalu gila berpolitik untuk berkuasa sehingga melanggari batas perpaduan di negara ini!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping