Sabtu, Oktober 21, 2017

Jika semalam kita dah didedahkan mengenai status sayap kepada PPBM tu yang didakwa tidak wujud dalam Perlembagaan parti. Kemudian kita dengar cerita sidang media itu telah diserang.

Katanya, Ketua Penerangan Armada PPBM, Ulya Husamuddin telah bertindak menyerang sidang media yang dikendalikan bekas exco sayap parti itu, Mohamad Taufik Abas sebelum ini.

Dakwa Ketua Penerangan Armada itu, sidang media yang diadakan itu adalah merupakan siri gerakan dedak sistematik yang bergerakn untuk melumpuhkan parti pimpinan Tun Mahathir itu.
“Kita lihat bagaimana gerakan dedak sistematik bergerak untuk melumpuhkan PPBM dan Armada itu sendiri sebagai sayap yang paling kuat dalam PPBM. Ini semua (sidang media) adalah daripada rangkaian dedak sistematik,”bidas Ulya.
Namun, Taufik membidas kenyataan itu dan mendakwa ianya tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu sayap Armada adalah sayap haram yang tiada dalam perlembagaan PPBM.
"Mana ada pindaan..jika tiada mesyuarat agung? Pemuda (Armada seramai) lima juta mana bukti ? Saya cabar Syed Saddiq kemukakan bukti," bidas Taufik.
Menurutnya, semua kenyataan media yang dilakukannya sebelum ini mempunyai asas dan bukti yang kukuh berbanding dengan Armada yang hanya sekadar pandai menuduh tanpa bukti.
“Mereka (hanya tuduh) orang dedak.. (ada ahli) lima juta.. lepas tu lari..” katanya lagi.
Jika sebelum ini, Ketua Armada tu sendiri tampil membuat dakwaan kononnya wujud usaha membeli pemimpin PPBM dengan sogokan sehingga mencecah RM 5 juta, termasuk dirinya sendiri.

Tapi malangnya, sehingga ke hari ini, dakwaan yang dibuat oleh Ketua Armada PPBM itu tetap GAGAL dibuktikan. Malah dia sendiri pun masih tidak membuat sebarang laporan rasmi kepada pihak SPRM walaupun didesak oleh pelbagai pihak, termasuk dikalangan Pakatan Haprak sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping