Jumaat, Oktober 27, 2017

Heh! Memang tipikal bagi Si Ketua Menteri Pulau Pinang itu mahu melarikan diri dari memikul beban tanggungjawab diatas kerakusan Rejim DAPigs yang dipimpinnya pada ketika ini.

Sedangkan Si Guan Eng tu memberikan alasan tragedi tanah runtuh yang melanda tapak pembinaan di Tanjung Bungah itu pun hanya dianggap sebagai kemalangan ditempat kerja semata - mata.

Maka tidak hairan la sekiranya Si Guan Eng tu enggan bertemu dengan keluarga mangsa yang terlibat walaupun ada dikalangan mereka merupakan rakyat negeri Pulau Pinang sendiri.

Sebaliknya, wakil dari pejabat Perkeso pula yang terpaksa turun bertemu dengan keluarga mangsa yang terlibat untuk menyerahkan wang pampasan bagi perbelanjaan pengkebumian kepada mereka.

Dalam masa yang sama, keluarga mangsa yang terbunuh akibat runtuhan tanah itu masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa dan tidak menyangka perkara seperti itu boleh berlaku.

Seorang ahli keluarga yang enggan dinamakan memberitahu, mereka berharap Suruhanjaya Siasatan akan dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku.

Perkara itu membuktikan bahawa Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan nasib keluarga mangsa yang terlibat. Sebaliknya, dia mengabaikan kebajikan mereka secara terbuka.

Tambah memburukkan keadaan, Si Guan Eng tu lebih memberikan keutamaan kepada pembeli dengan memberikan arahan supaya pihak pemaju mengadakan pertemuan dengan mereka. Tindakan itu memberikan gambaran bahawa pembeli lebih penting dari mangsa yang terbunuh!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping