Rabu, Oktober 25, 2017

Mungkin ianya merupakan satu kebanggaan buat Si Rafizi Ramli ni apabila dia digelarkan sebagai Raja Fitnah Malaysia setelah berjaya mencatatkan rekod peribadi dengan jumlah saman fitnah terbanyak pada ketika ini.

Sebagai rekod, Si Rafizi tu pernah disaman kerana menabur fitnah berhubung isu Cincin yang didakwa sekadar bergurau. Kemudian Si Rafizi tu juga pernah disaman oleh Pengerusi NFCorp.

Malah Pakar Strategi PKR itu juga didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM 1,800 kerana membuat dakwaan kononnya UMNO terlibat dalam satu serangan ke atas sebuah Gereja.

Tidak cukup setakat menabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional, Si Rafizi tu juga turut membuat fitnah terhadap pemimpin partinya sendiri.

Si Rafizi tu pernah tampil membuat fitnah terhadap Khalid Ibrahim sehingga bekas Menteri Besar Selangor tu digugurkan dari jawatan serta dipecat dari PKR.

Malah Rejim Pakatan pimpinan Azmin Ali yang menggantikan Khalid Ibrahim juga turut menjadi mangsa Fitnah Rafizi yang mendakwa wujudnya Rasuah Wanita sebelum ini.

Dan kali ini, Si Rafizi tu juga bakal berhadapan dengan satu lagi kes saman fitnah apabila pihak Felda Investment Corporation (FIC) akan membuat pertimbangan terhadap dakwaan yang disebarkannya.

Itu baru sebahagian dari senarai Fitnah yang pernah disebarkan oleh Si Rafizi tu walaupun dia mendakwa kononnya dia mempunyai bukti berhubung dakwaan yang dilakukan secara terbuka.

Bahkan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad juga turut menyifatkan bahawa tuduhan Si Rafizi Ramli itu adalah sangat berat dan ianya disifatkan sebagai satu bentuk fitnah besar.
“Esok, FIC akan bincang untuk (saman) sebab kes ini serius. Tidak ada syarikat baharu didaftarkan sebab syarikat yang disebut ditubuhkan adalah milik FIC. Jadi, apa perlu kita tubuh syarikat baharu?” katanya pada sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini.
Khamis lalu, Rafizi mendakwa pemilik Hotel Grand Plaza Kensington di London, FIC London Hotel Pte Limited (FLH) yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) sudah ditutup.

Naib presiden PKR itu mendakwa warta rasmi kerajaan BVI bertarikh 19 Mei 2016 menyenaraikan FLH dibatalkan pendaftaran dan dibubarkan kerana tidak membayar yuran tahunan.

Semalam pula, Rafizi mendakwa anak syarikat FIC itu hanya didaftarkan pada 13 Oktober lalu, iaitu hari sama beliau membuat pendedahan mengenai firma itu tidak memiliki hotel di London.

Bagaimanapun, Pengerusi FIC semalam mengesahkan FLH serta FIC Global Limited (FGL) yang didaftarkan di BVI ialah hak milik penuh FIC dan merupakan syarikat asal yang didaftarkan di United Kingdom.

Jelasnya, FLH ialah pemilik tunggal The Park City Grand Plaza Kensington Hotel di London, manakala FGL merupakan pemilik tunggal Felda House dan Grand Felda House di London.

Dalam erti kata lain, Si Rafizi tu hanya mereka - reka cerita berdasarkan kepada dokumen palsu yang disebarkan melalui media dengan tujuan mahu memburukkan pihak Kerajaan serta menimbulkan kecurigaan dikalangan rakyat semata - mata!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. kata dulang paku serpih !.....kita PASTI mati, aoakah anda 100% terus masuk syurga?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping