Rabu, Februari 26, 2020

Dalam keadaan Politik Negara yang semakin huru hara hari ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Senario yang getir ini bukan sahaja meresahkan pemimpin Politik, tetapi turut mendapat perhatian rakyat.

Bukan tujuan nak membangkitkan keadaan panik atau menimbulkan kekeliruan. Cuma sekadr meluahkan pandangan picisan peribadi mengenai beberapa keadaan yang MUNGKIN berlaku dalam dunia Politik yang dianggap 'The Age of Distruption" ini.

SENARIO 1: 221 AHLI PARLIMEN SOKONG MAHATHIR

Jika kesemua Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti Politik, menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, maka dia akan mempunyai "Absolute Power" untuk memilih barisan kabinet campuran dari setiap Ahli Parlimen yang menyokong.

Dia boleh kutip wakil dari setiap parti Politik sama ada UMNO, PAS, PPBM, PKR, PAN, GPS, WARISAN mahu pun DAP. Jika keadaan ini berlaku, maka lanskap Politik Negara akan berubah seratus peratus.

Maknanya, selepas ini tiada lagi istilah "Pembangkang" sebab semuanya menyokong kepimpinan seorang Perdana Menteri dan segala keputusan yang dibuat oleh beliau perlu diterima serta dipatuhi.

Menyedari hakikat ini, UMNO dan PAS serta gabungan dalam Barisan Nasional menarik semula sokongan yang diberikan kepada Tun Mahathir dengan alasan perkara itu hanya untuk menjaga kepentingan seorang individu iaitu Mahathir.

Sedangkan konsensus yang telah dipersetujui oleh PAS dan UMNO didalam Muafakat Nasional, sesiapa sahaja boleh menubuhkan Kerajaan tetapi TIDAK BOLEH disertai oleh DAP kerana parti itulah yang merosakkan Negara.

Malahebuah Kerajaan perlu bertindak atas dasar kepentingan serta kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa melihat latar belakang Politik mereka. Bukan untuk mengangkat seorang individu sebagai 'Supreme Leader' demi kepentingan peribadi.

SENARIO 2: MUAFAKAT NASIONAL SAHAJA TAK SOKONG MAHATHIR

Jika perkara ini berlaku, maka PAS dan UMNO sahaja yang akan jadi Pembangkang dalam Parlimen dengan jumlah kerusi lebih kurang 58 sahaja. Keadaan ini sudah pastinya tidak akan mengutungkan Muafakat Nasional.

PPBM belum tentu akan menyertai Muafakat Nasional. Tiada sebarang persetujuan yang dicapai setakat ini. Malah tanda-tanda itu sudah dapat dilihat apabila Pemuda Armada menyatakan bahawa mereka menolak kerjasama dengan UMNO.

Tambahan pula, kepimpinan tertinggi PPBM tetap akan mengikut arahan Tun Mahathir sekiranya parti itu masih mahu beliau kembali menjadi Pengerusi parti tersebut dan kekal sebagai Perdana Menteri.

Azmin Ali dan 10 orang konco yang telah meninggalkan PKR pun belum tentu akan ikut Muafakat Nasional. Sebaliknya mereka ini lebih cenderung menyokong Tun Mahathir berbanding Muafakat Nasional.

PKR pun tak kisah jika mereka meneruskan kerjasama dengan Tun Mahathir walaupun Azmin Ali dan konconya dipecat sebelum ini. Yang penting, mereka masih kekal sebagai Kerajaan.

DAP lagi la tak kisah. Sebab itu awal-awal lagi Guan Eng dah umum parti itu tetap akan menyokong kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Bahkan DAP pun tiada masalah nak bergabung semula dengan PAS asalkan parti itu tidak bersama dengan UMNO.

PAN pula seperti biasa, mereka akan tetap menurut segala perintah DAP. Apa yang DAP suruh, itu yang PAN akan buat. Waima mereka disuruh berbaik semula dengan PAS sekali pun, sudah pasti PAN akan menurutinya.

GPS? WARISAN? Mereka lebih suka mengambil langkah "Tunggu dan Lihat". Mana yang dapat sokongan banyak, pasukan itu yang akan mereka sokong. Perkara itu sudah berlaku sebelum ini pada ketika Barisan Nasional kalah dalam PRU yang lalu.

Nauzubillah, jika keadaan ini berlaku, UMNO adalah pihak yang PALING RUGI. Nak pulak jika PAS berjaya dipujuk oleh puak Pakatan untuk bersama dengan mereka bagi membentuk Kerajaan. UMNO hanya ada 40 kerusi sahaja di Parlimen.

Tapi Alhamdulillah setakat ini PAS masih berpegang teguh kepada perjanjian yang telah dibuat melalui piagam Muafakat Nasional. Malah PAS juga senada dengan UMNO untuk menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAIK

Sekarang segalanya akan ditentukan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Kebijaksanaan baginda selaku Raja dan Payung Negara dalam merungkai senario ini demi menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat secara menyeluruh.

Walau apa pun keadaannya, langkah membubarkan Parlimen adalah jalan yang terbaik. Bukan setakat kepimpinan parti Politik sahaja yang mahu Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya. 

Tetapi rakyat secara keseluruhannya juga turut mahukan perkara yang sama. Rakyat ternyata sudah muak dengan pelbagai konspirasi Politik yang tiada ketentuan ini berpanjangan. Rakyat mahu sebuah Kerajaan yang membela nasib mereka.

Berilah rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu sebagai Kerajaan agar nasib mereka terjaga dengan baik. Sebelum ini Pakatan bercakap soal menghormati Mandat Rakyat kan? Sekarang, mereka juga perlu menyokong agar Parlimen Di Bubarkan!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. tak sabar tunggu parlimen bersidang.. nak tahu apa akan jadi..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping