Selasa, November 03, 2009

Sidang Parlimen Hari Ini. Salah satu perkara yang dibangkitkan oleh Pembangkang hari ini adalah Institusi Penguatkuasaan Negara. Ini termasuk Polis, SPRM dan Sistem Kehakiman Negara. Menurut kata Salahudin Ayub, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap institusi terbabit. Beliau mempersoalkan Integriti pihak-pihak yang berkenaan dengan menyatakan bahawa penguatkuasaanya bertindak secara selektif.

Pada pandangan saya, apa yang diajukan oleh Salahuddin Ayub itu tidak masuk akal dan ianya bertentangan dengan apa yang pihak Pembangkang katakan sebelum ini. Apa kata mereka? Mereka menuduh Orang UMNO terima rasuah dan memberi rasuah. Mereka kata orang UMNO dan Barisan mencuri duit rakyat serta sebagainya. Kalaulah difikirkan bahwa perkara ini bukan fitnah, maka persoalan saya kenapa mereka tidak melaporkannya? Adakah ianya disebabkan mereka sendiri hilang kepercayaan terhadap Institusi Perundangan Negara? Apakah dengan sebab ini, maka mereka katakan seluruh rakyat juga hilang kepercayaan terhadap integriti terbabit? Adakah mereka, pembangkang, cuba menerapkan dalam pemikiran rakyat bahawa sebab mereka tidak berani tampil membuat laporan terhadap orang UMNO mahu pun Barisan Nasional adalah kerana mereka sendiri tidak percaya kepada Institusi itu?

Dapat saya rumuskan disini bahawa, hakikatnya mereka sendiri takut dengan bayang mereka sendiri. Maka mereka cuba menutup bayangan mereka itu dengan menunding jari kepada institusi tersebut. Kenapa saya boleh katakan begitu? Ini disebabkan senarai Ahli Penasihat SPRM yang turut dikatakan hilang integriti oleh Salahudin itu turut dianggotai oleh beberapa orang pembangkang. Termasuk diri beliau sendiri. (Rujuk Halaman SPRM). Maka bagaimana boleh beliau katakan Institusi tersebut hilang kepercayaan rakyat sedangkan beliau sendiri berada didalamnya? Adakah ini maknanya beliau sendiri tidak menjalankan tugas dengan memastikan institusi tersebut menjalankan tugas dengan betul?

Selain daripada itu, saya turut memikirkan bahawa apa yang sepatutnya dibentangkan oleh Salahuddin Ayub itu adalah satu pelan tindakan yang boleh diterima oleh Pihak Kerajaan demi Penambah Baikkan institusi yang di sebut tadi. Beliau sepatutnya mencadangkan perkara-perkara yang yang membangun bukan hanya tahu memberi pandangan negatif dan distruktif terhadap institusi tersebut. Kalaulah betul rakyat hilang kepercayaan terhadap Polis, Mahkamah dan SPRM hanya berdasarkan beberapa kes sahaja tidak boleh diterima. Kita perlu lihat perkara ini dalam skala dan spektrum yang lebih luas.

Kalaulah sistem Institusi yang dikatakan itu bertindak secara selektif, sepatutnya kurang orang UMNO atau orang Barisan yang di kenakan tindakan undang-undang. Yang herannya, kenapa keadaan berlaku sebaliknya. Dan kalaulah apa yang dikatakan itu betul, mempunyai asas kebenaran, jadi lepas ini kalau ada kecurian, kes rompakkan, ragut dan sebagainya, jangan buat laporan polis. Tapi telefon Salahuddin Ayub untuk tangkap pencuri-pencuri tersebut.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping