Hari ini di Masjid-masjid, ramai orang mempertikaikan perkara tersebut. Dan dikalangan orang-orang PAS mula menunding jari ke pada Kerajaan Persekutuan. Malah didalam internet juga rata-rata mereka menyalahkan kerajaan Persekutuan kerana menghalang dakwah seumpama ini (berceramah dari rumah ke rumah) sedangkan dinegeri lain boleh mengamalkannya.
Satu persoalan yang bermain di minda saya tatkala membaca artikel-artikel tersebut dan mendengar tohmahan orang-orang di Masjid ialah kenapa salahkan kerajaan Persekutuan sedangkan JAIS berada dibawah penguasaan Kerajaan Negeri. Siapa yang menetapkan undang-undang ceramah atau tauliah ini bukan Kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Negeri. Sama seperti di negeri-negeri lain seperti di Pahang, Perak, Perlis, Kelantan mahupun di Pulau Pinang. Ketetapannya terpulang kepada Kerajaan Negeri. Nama pun Jabatan Agama Islam Selagor. Terang dan jelas tulis nama negerinya.
Jadi persoalan saya kepada mereka yang berkenaan, patutkah mereka salahkan Kerajaan Persekutuan atau UMNO diatas insiden ini? Siapa yang pada mulanya melabelkan Dr. MAZA membawa fahaman Wahabi kalau bukan PAS sendiri? Sedangkan sebelum ini, Dr. MAZA telah memberi pandangan beliau terhadap PAS dimana mereka ini TIDAK BOLEH ditegur lansung atau menerima apa-apa pendapat dari orang luar. Sama seperti keadaan yang berlaku di Masjid tadi apabila saya mempertikaikan hubungan JAIS dengan kerajaan Persekutuan. Saya tanya apa hubungannya, tidak ada pula orang yang menjawab tetapi tetap mereka menyalahkan Kerajaan Persekutuan atau UMNO.
Pandangan yang diberikan oleh orang lain juga turut mereka tolak dan mereka tidak dapat menjawabnya selain cuba mengalih topik berkenaan. Salah satunya ialah apa hak kita sebagai manusia mahu menentukan pegangan Agama orang lain? Apa hak kita nak tentukan orang itu melakukan kesalahan dari segi hukum syaraknya? Apa hak kita mahu menentukan dosa atau pahala orang lain? Semua itu adalah ketentuan Allah S.W.T semata-mata. Bukan tempat kita atau hak kita untuk menetukan semua itu. Kita hanya punyai hak untuk menegur, memberi nasihat kepada mereka agar mereka tahu yang mana betul dan yang mana salah. Hak kita hanya untuk bersuara dan terpulang kepada individu tersebut untuk mendengarnya.
Petikan dari Surah Al-Asr' ayat 1-5 yang bermaksud:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang benar-benar beramal soleh. Mereka yang saling berpesan dengan kebenara. Dan mereka yang berpesan dengan kesabaran"
Dari ayat tersebut, jelas bahawa kita sebagai manusia ada hak untuk menegur dengan kebenaran dan juga dengan kesabaran. Jika perkara yang dilakukan itu salah, maka kita perlu tegur. Kita perlu membetulkannya. Kalau kita tahu Dr. MAZA membawa fahaman Wahabi, mengapa kita tidak tegur dia? Dan apabila dia menafikannya, kenapa kita tak boleh terima?
Satu lagi fakta tentang penahanan Dr. MAZA semalam, saya turut membaca satu kenyataan di Internet bahawa orang UMNO juga turut serta dalam proses tersebut. Sumber yang saya dapati ialah, kehadiran orang tersebut adalah untuk bertanya kepada JAIS kenapa Dr. MAZA ditahan? Atas alasan apa? Jelas disini bahwa orang itu turut mempertikaikan tindakan JAIS pada masa itu. Dalam erti kata lainnya, beliau, Orang UMNO itu, turut hadir mempertahankan Dr. MAZA. Soalnya kenapa dia mempertikaikannya? Kemana perginya orang-orang yang kononnya membela Dr. MAZA pada ketika itu?
Wahai sahabat-sahabat PAS sekalian. Sesungguhnya saudara hanya akan menyebelahi orang apabila tindakan mereka, perbuatan mereka, pertuturan mereka menyebelahi PAS mahupun Pakatan Rakyat sahaja. Perkara ini jelas dan semua orang tahu. Contoh dah ada, terlalu banyak. Dari zaman dulu hingga zaman sekarang. Dengan Ustaz Aqhil Hayy, dengan Datuk Dr Hassan Ali, malah dengan Perikatan dengan UMNO pada suatu ketika dahulu. Dan mangsa PAS yang terbaru, Dr MAZA. Berhentilah menyalahkan orang lain. Berhentilah dan lihat kepada diri kita dahulu. Sesungguhnya manusia yang benar-benar Maksum di muka bumi Allah ini hanya Rasulullah S.A.W seorang sahaja. Kita yang lain ni pasti ada melakukan kesalahan, dosa dan sebagainya.
Marilah kita sama-sama mengangkat tangan, menadah doa agar dosa-dosa kita, kesilapan-kesilapan kita, kejahilan dan kebatilan yang kita lakukan di atas muka bumi ini, secara sedar ataupun tidak di ampuni Allah Yang Maha Besar dan Maha Pengampun. Insya Allah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.