Sabtu, Mac 06, 2010

Salam 1Malaysia.

Posting saya hari ini merupakan posting yang sangat ringkas. Persoalan tajuk itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan sifat sebenar penyokong-penyokong PAS. Mereka ini kononnya mahu menegakkan Syiar Islam, tetapi apa yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini jelas menyimpang jauh dari ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Sejarah awal PAS menunjukkan Parti itu sudah meninggalkan Sunnah Rasulullah S.A.W dalam berdakwah. Jika kita baca Sirah Rasulullah dan memahaminya secara terperinci, pasti kita akan faham apa maksud saya. Walaupun diselubungi zaman jahiliyah Arab, Rasulullah tetap beristiqomah dalam menjalankan dakwah. Biar apa pun rintangan, cacian, maki hamun, tohmahan dan pelbagai lagi dugaan yang dihadapi, Rasulullah S.A.W tetap berdakwah kepada kaum bangsanya agar mereka keluar dari zaman gelap. Malah Rasulullah tidak pernah memilih siapa atau dari mana asalnya seseorang itu untuk ditarbiahkan dalam menyebarkan Syiar Islam.

Rasulullah S.A.W juga menganjurkan agar setiap umat Islam dan juga manusia diatas muka bumi ini hidup dalam perpaduan Ummah. Agar mereka kenal mengenali diantara satu dengan yang lain. Syariat ini juga tidak mengenal bangsa seperti mana yang telah diterangkan dalam Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

''Sesungguhnya Allah telah mencipta manusia itu dari pelbagai kaum agar mereka saling kenal-mengenali diantara satu dengan yang lain.''

Lihat buktinya dalam Hijrah Rasulullah S.A.W dimana Aus dan Khazraj disatukan. Bagaimana sebuah negara Abbasiyah dengan Raja Negusnya menerima Islam dengan tangan terbuka. Kemudian lahir tokoh-tokoh Islam dizaman Rasulullah yang turut menjadi sahabat baginda seperti Salman Al-Farisi dari Parsi. Boleh dikatakan segenap lapisan bumi ini dapat disatukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. seterusnya melahirkan masyarakat majmuk pertama didunia.

Jauh bezanya dengan perjuangan Islam PAS yang hanya retorik mahu menjalankan hukum hudud. Bagi mereka dengan perlaksanaan hukum itu sahaja sudah cukup menobatkan mereka sebagai Parti Islam, kononnya. Apakah mereka lupa, Rasulullah S.A.W meninggalkan umatnya dengan Al-Qur'an dan Al-Sunnah? Maka kenapa mereka meninggalkan sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah perjuangan Islam yang mereka fahami hanya berlandaskan kekerasan dan maki hamun?

Tidak pernah sekalipun Rasulullah S.A.W mendoakan kecelakaan kepada orang lain yang menentangnya biar bagaimana teruk baginda diduga. Rasulullah S.A.W hanya menadah tangannya dan berdoa semoga Allah S.W.T memberi petunjuk dan hidayah kepada bangsa Quraish agar mereka mentaati perintah Allah. Tetapi bagi orang yang memperjuangkan Islam hari ini, mereka bukan sahaja mengutuk dan mengeji orang yang sama bangsa serta agama dengan mereka. Malah turut menganjurkan solat hajat memohon kepada Allah agar dilaknati seseorang itu. Nauzubillah. Adakah ini pekerti seorang yang berjuang dalam Islam? Astagfirullahalazim.

Bukan setakat itu sahaja. Kononnya mereka mahu melaksanakan hukum hudud. Tetapi setiap kali dicabar mereka melaksanakan hukum tersebut di Negeri mereka memerintah, pelbagai alasan yang mereka beri. Kata mereka,jika mereka laksanakan hukum hudud, Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan seperti Mageran dan sebagainya. Dalam erti kata lain, mereka lebih takutkan tindakan Kerajaan Persekutuan dan Mageran dari mereka takutkan Allah S.W.T.

Setiap kali diajak PAS bergabung dan mewujudkan perpaduan dengan UMNO, mereka meletakkan pelbagai syarat. Syarat-syarat yang mesti diterima oleh UMNO sahaja. Manakala mereka tidak perlu menerima sebarang syarat dari UMNO atau Kerajaan Persekutuan. Rasulullah tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada Aus dan Khazraj untuk Pepaduan Ummah. Malah Raja Negus juga tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk menerima syiar Islam dalam negaranya. Hanya orang-orang KAFIR sahaja yang meletakkan syarat semata-mata untuk mewujudkan perpaduan kaum. Tanya orang-orang PAS, adakah mereka sama seperti orang-orang kafir ini?

Apa buruknya jika kita sesama Islam dan satu bangsa bersatu padu? Apa faedah yang kita perolehi jika kita sentiasa bersengketa dan buruk sangka diantara satu dengan yang lain? Bukankah kita diseru supaya sentiasa ingat mengingati dan saling berpesan diantara satu sama lain? Adakah Surah Al-Asr tidak membawa sebarang erti kepada kehidupan kita seharian?

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping