21 April 2010 - Pernah diceritakan oleh seorang warga tua mengenai kisah persepsi suatu ketika dahulu. Situasi di Negara Arab yang pada ketika itu masih menggunakan Unta sebagai kenderaan dalam kehidupan seharian.
Kisahnya seorang ayah mahu keluar berniaga. Maka dibawanya anak beliau bersama. Tetapi mereka hanya ada seekor unta untuk ditunggang.
Si ayah merasakan wajar beliau memberi keutamaan kepada anak kerana anaknya masih kecil. Apabila mereka tiba disebuah perkampungan, penduduk mengatakan bahawa si anak itu derhaka. Sanggup si anak membiarkan ayahnya berjalan sedangkan dia duduk senang lenang.
Mendengar kata-kata itu, si anak pun turun lalu memberi si ayah menunggang unta tersebut. Sekali lagi apabila mereka tiba disebuah kampung, mereka turut dikutuk dengan mengatakan si ayah kejam. Sanggup beliau menyusahkan si anak berjalan dan beliau menunggang kuda.
Lalu kedua-dua mereka menaiki unta tersebut. Sampai di kampung seterusnya, mereka turut dipertikaikan. Penduduk kampung mengatakan mereka tidak berperi kemanusiaan dan menyeksa haiwan terbabit.
Kedua-dua lalu turun dan berjalan kaki dengan membawa unta mereka. Mereka lalu lagi di sebuah kampung seterusnya. Tetapi tindakan mereka itu tetap mendapat persepsi buruk dari penduduk tempatan. Mereka dikatakan bodoh kerana tidak menggunakan kemudahan yang sedia ada. Lalu si ayah dan anak terus menghumban unta tersebut ke dalam sungai.
Cuba kita renungkan. Apakah setiap tindakan yang dilakukan oleh orang lain perlu dipertikaikan? Pernahkah kita bertanya kenapa, mengapa, apa dan bagaimana? Pernahkah kita terhenti seketika dan berfikir secara positif?
Inilah corak dan gaya pemikiran pembangkang. Apa sahaja yang ingin dilakukan oleh pihak Kerajaan pasti akan dibalas dengan persepsi buruk dari mereka.
Mereka bukan sahaja tidak tanya, malah apabila diterangkan sekali pun mereka buat tidak tahu. Mereka bukan mahu memberi pendapat atau pandangan, tetapi menghujani dengan pelbagai tohmahan.
Adakah ini jenis pemimpin yang kita mahu? Pemimpin yang tidak tahu mengambil inisiatif untuk memberi pendapat agar kehidupan mereka lebih selesa dan sempurna? Pemimpin yang hanya tahu mempertikaikan setiap sesuatu keputusan orang dan tidak melakukan apa-apa?
Fikir-fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.