PRK Hulu Selangor - P94
24 April 2010 - Spekulasi yang cuba dimainkan oleh pembangkang semalam tidak menjadi. Elizabeth Wong semalam membawa orang Asli dari Temerloh kononnya telah membawa penulis blog ini membuat spekulasi berkenaan.
Kenapa ianya boleh diklasifikasikan sebagai spekulasi semata-mata? Tidak ada bukti kukuh dalam temubual yang dilakukan oleh pembangkang dan persoalan mengenai sukarelawan Orang Asli itu juga boleh dipertikai.
Antara lain isi temubual mereka ialah dialog seperti berikut:
"Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tidak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak".
Tidak logik akal dia tidak mengenali YB berkenaan tetapi tahu pula dia YB itu datang dari mana. Dan tidak ada pula ditulis atau dinyatakan oleh beliau bahawa YB tersebut ada memberi duit untuk membeli undi.
Mungkin ayat yang dimaksudkan duit banyak itu boleh ditafsirkan dari pelbagai spektrum. Mungkin juga YB berkenaan mahu meyakinkan Masyarakat Peribumi tempatan akan memperolehi lebih banyak manfaat dari BN dan bukan dari Kerajaan Negeri yang lansung tidak mengendahkan mereka. Dalam ertikata lainnya, Kerajaan Negeri pimpinan PKR hanya pandai berjanji tetapi tidak tahu melaksanakan tugas mereka.
Dakwaan bahawa aktiviti BN yang menggunakan kenderaan JHEOA juga boleh disangkal. Setahu Semut Hitam, tidak pernah pula dilihat sebarang kenderaan JHEOA yang menggunakan lambang BN dan ditampal diatas kenderaan mereka.
Ini dijelaskan sendiri oleh Dato Seri Shahidan Kassim semalam apabila ditanya mengenai perkara ini. Lihat sahaja temubual Eksklusif (Klik) bersama dengan Dato Seri semalam.
Dan perkara ini boleh diperakui oleh Semut Hitam yang turut mengikuti perkembangan Dato Seri Shahidan Kassim saban hari asyik keluar masuk perkampungan Orang Asli di sekitar Hulu Selangor. Rujuk sahaja posting yang terdahulu (klik).
Yang lebih utama, kenapa pembangkang menemu ramah sukarelawan dari luar dan bukan Orang Asli tempatan sendiri? Apakah orang asli disekitar kawasan Hulu Selangor ini tidak tahu bercakap?
Kenapa mereka mahu mempersoalkan JHEOA sedangkan mereka sudah banyak berbakti kepada masyarakat Peribumi? Ini membuktikan bahawa pembangkang sudah terdesak utuk meraih undi. Mereka sanggup melakukan apa sahaja spekulasi untuk mengalih perhatian pengundi tempatan termasuk Orang Asli.
Perkara ini jelas kerana bukan sahaja mereka tidak ada isu kukuh untuk menentang Calon Barisan Nasional, tetapi mereka juga diselubungi masalah mereka sendiri seperti pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon dan juga Pentadbiran Negeri yang tidak melaksanakan tugas mereka.
Fikir - fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.