PRK Hulu Selangor - P94
23 April 2010 - Dalam satu artikel Malaysiakini hari ini memaparkan keadaan terdesak PKR untuk meraih undi di Hulu Selangor. Ini disebabkan sokongan kebanyakan pengundi terhadap calon mereka, Zaid Ibrahim banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Maka dalam keadaan 'Desperado' mereka mengharapkan sokongan penuh pengundi - pengundi cina. Ironiknya, rata-rata mereka berkempen mengutuk tindakan Barisan Nasional yang tidak meletakkan calon berbangsa Melayu memandangkan Majoritinya Melayu. Hal seumpama ini yang agak menghairankan bagi sesetengah pihak di dalam kawasan ini.
Persoalan yang bermain dalam fikiran Semut Hitam, adakah penduduk - penduduk di Hulu Selangor ini masih percaya dengan dakyah munafik mereka? Hari ini mereka kata mereka mahu Calon Melayu, tapi mengharapkan undi penduduk Cina.
Kenapa mereka tidak mengharapkan undi Melayu? Adakah ianya disebabkan calon PKR memang sah peminum arak dan kaki judi, maka peratusan undi Melayu kepada mereka merosot?
Adakah mereka yakin bahawa pengundi cina tempatan lebih mudah terperdaya dengan dakyah mereka?
Kalau kita baca artikel dalam Malaysiakini, mereka hanya menemu-bual dan bertanya pendapat dari seorang Peniaga Melayu dan Pelanggan yang berbangsa India. Jadi dimana buktinya bahawa mereka boleh berasa yakin bahawa Majoriti pengundi cina akan menyebelahi mereka?
Dalam artikel itu juga mereka memdedahkan bahawa kebanyakan masyarakat India akan menolak Calon Barisan Nasional kerana mahukan seorang Calon yang sanggup turun padang, mesra rakyat dan mampu menyelami masalah masyarakat.
Persoalannya adakah P. Kamalanathan tidak mesra rakyat? Klik disini.
Soalan seterusnya, adakah calon mereka itu mesra rakyat? Lihat sahaja wajah beliau pun orang sudah takut. (Lihat Gambar diatas)
Jadi satu perkara yang pelik bagi pengundi jika mereka baca artikel ini. Terlalu banyak pertikaian dan persepsi yang boleh dipersoalkan. mungkin juga artikel tersebut merupakan gambaran bukan sahaja pemimpin PKR, tetapi pengikut-pengikutnya juga jenis suka bangga diri, sombong dan bongkak.
Fikir - fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.