25 April 2010 - Penat lelah berkempen selama 10 hari di Hulu Selangor terasa berbaloi. Ini disebabkan majoriti yang diperolehi Barisan Nasional lebih besar dari Pilihanraya Umum yang lalu.
Dengan majoriti 1683 undi, P.Kamalanathan boleh dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang sah. Dalam ertikata lainnya, pemilihan Calon BN sangat tepat dan mendahulukan kehendak rakyat.
Keputusan ini juga membuktikan bahawa rakyat Selangor sudah sedar dan bangkit dari mimpi Anwar Ibrahim. Mereka sudah keluar dari persona Pakatan Rakyat. Mereka sudah tidak percaya kepada janji - janji Kerajaan PKR Selangor.
Harapan Semut Hitam, agar YB P. Kamalanathan akan memberikan perkhidmatan yang baik serta mendahului rakyat terutamanya di Hulu Selangor.
Jutaan terima kasih kepada pengundi - pengundi Hulu Selangor. Merekalah JUARA yang sebenarnya!!!
Ini juga peringatan kepada Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim serta Pakatan Reput mereka. Rakyat sudah tidak termakan dakyah - dakyah penipuan mereka.
Sedarlah hakikat bahawasanya, PKR ketandusan Pemimpin yang berkelayakan. Dulu, Kini dan Selamanya.
Hidup BN!!! Hidup BN!!! Hidup BN!!!
Fikir - fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.