25 April 2010 - Itulah persoalan terakhir yang perlu ditanya sebelum keluar mengundi. Tatkala sejam sudah berlalu untuk tempoh berkempen, mari kita imbas kembali 15 hari yang lalu.
Persoalan kenapa PKR? Sebelum ini banyak hujah-hujah yang kita dengar bahawa BN sewajarnya menampilkan Calon yang berbangsa Melayu. Ini disebab majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu.
Isu ini timbul selepas Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN akan kekal dengan Calon BN. Tetapi namanya belum ditentukan lagi.
Maka atas sebab itu juga, Pakatan Reput (PR) meletakkan calon Melayu. Kononnya mereka mahu pengundi Melayu akan lebih menyebelahi mereka.
Walaubagaimana pun, mereka terutamanya DSAI sekali lagi telah silap memilih calon. Beliau memilih calon yang banyak masalah. Beliau meletakkan nama calon yang banyak rekod buruk dari baiknya.
Kita lihat hari ini. Disaat akhir tempoh berkempen yang dibenarkan, mereka keluar dengan pelbagai spekulasi. Terbaru mereka keluarkan surat dari pihak UMNO kononnya dan mendesak pengundi agar memilih calon yang berbangsa melayu.
Ini bukti jelas kesilapan Anwar. Ini bukti jelas bahawa Zaid Ibrahim tidak dapat diterima oleh penduduk Hulu Selangor. Jika demikian, mengapa tidak mereka (PR) meletak calon dari Parti PAS? Mereka bukan Melayu ke? Kenapa tuduh UMNO 'racist' dan sebagainya?
Jadi, pengundi-pengundi Hulu Selangor buatlah pilihan terbaik. Pangkahlah Parti yang betul. UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!
Fikir - fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.