Isnin, April 26, 2010

Salam 1Malaysia.

26 April 2010 - Belum sampai 24jam kemenangan BN di Hulu Selangor, Pembangkang sudah mula mengungkit itu dan ini. Seperti biasa mereka akan menyalahkan pelbagai perkara bila kalah, tetapi mereka senyap bila menang.

Seawal waktu pengumuman keputusan dikeluarkan malam semalam, PKR dan puak-puaknya sudah mengadakan perhimpunan kecil. Mereka mempertikaikan macam-macam. Malah perhimpunan itu dijadikan alasan untuk mereka tidak hadir didewan. Mereka takut menghadapi kekalahan dan hakikat kebenaran.

Kononnya, mereka tidak pergi mendengar keputusan terutamanya Calon yang bertanding, Zaid Ibrahim adalah tanda protes terhadap proses Pilihanraya di Malaysia. Zaid Ibrahim sendiri kata SPR tidak adil dan kempen membeli undi dibenarkan.

Inilah contoh orang yang tidak redha dengan keputusan dan ketentuan Allah S.W.T. Inilah contoh orang yang tidak dapat menerima khifarah dan hidayah Allah S.W.T.

Memang wajar beliau kalah. Beliau tidak layak menjadi pemimpin sebenarnya. Itulah khifarah yang beliau perlu sedar dan terima.

Nasib yang sama ditanggung oleh 'Big Boss' beliau Anwar Ibrahim. Tetapi sama juga 'peel'nya, beliau juga Kufur dengan nikmat yang Allah S.W.T. telah berikan kepada mereka.

Sedarlah wahai 'bekas-bekas' pemimpin. Dakyah saudara sudah tidak laku lagi. Rakyat sudah sedar bahawa saudara tidak layak memimpin mereka. Saudara hanya tahu menipu, memutar belit, memperdaya, menyebarkan spekulasi dan membohongi amanah rakyat.

Tunaikanlah tanggungjawab sebaik mungkin. Buang sifat angkuh, sombong dan bangga diri kalian. Jangan suka mendabik dada dan riak dengan kebaikan yang anda tidak pernah lakukan.

Saudara juga yang mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat kini tidak bodoh dan mudah terpedaya. Saudara tidak ada bukti perkhidmatan kepada masyarakat. Rakyat Hulu Selangor bukan sahaja menolak dakyah dan tipu muslihat saudara semua.

Ke mana arah tuju PKR dan juak-juak fanatik mereka selepas ini? Apa lagi tohmahan dan spekulasi serta bahan fitnah mereka akan datang? Dan adakah mereka fikir rakyat akan terus terbuai dengan mimpi-mimpi indah umpama 'Building A Castle In The Cloud' mereka?

Fikir - Fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping