Selasa, April 27, 2010

Salam 1Malaysia.

Itulah jawapan paling wajar bagi menjawab persoalan Fuziah Salleh. Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya PKR mengatakan BN menabur projek segera untuk mendapat kembali kuasa di Hulu Selangor.

Taktik PKR yang kecundang dengan majoriti melebihi 10 kali ganda dari PRU yang lalu menunjukkan kekecewaan mereka kepada Parti mereka sendiri. Secara tidak lansung mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mengutuk Kerajaan Negeri pimpinan PKR yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.

Mereka cuba mengalih perhatian rakyat dari terus menyokong BN sedangkan hakikat sebenarnya, mereka tidak layak mentadbir kerajaan negeri.

Lihat sahaja kawasan Hulu Selangor terutamanya kawasan Perindustrian Bukit Sentosa. Mengapa mereka tidak membangunkan kawasan tersebut sedangkan infrastrukturnya sudah sedia ada?

Kenapa sebelum ini mereka tidak terfikir untuk merancang pembangunan di kawasan Serendah sedangkan kawasan tersebut mempunyai sistem pengangkutan yang baik? Seterusnya, mereka berasa malu apabila PM mencadangkan UiTM untuk membina kampusnya di situ.

Rakyat perlu sedar akan taktik lapuk PKR (Parti Katak Ramai) ini apabila mereka kalah, mereka tidak boleh menerima hakikat. Ada sahaja yang akan jadi persoalan mereka.

Sebagai contoh, pengundi hantu, ketidak adilan SPR dan Pihak Polis, termasuk bantuan kerajaan kepada penduduk setempat.

Hakikatnya, mereka tidak mampu untuk menunaikan janji-janji mereka. Maka sebab itulah rakyat mula sedar. Mereka sudah tidak ada idea baru untuk mempengaruhi rakyat. Mereka tidak ada bukti untuk mereka jaja dan jadikan modal bagi mendapat mandat dari rakyat.

Fikir - Fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping