Selasa, April 20, 2010

Perisai Fir'aun Kecil


PRK Hulu Selangor – P94
18 April 2010 - Adalah menjadi persoalan besar kepada penduduk Hulu Selangor apabila kredibiliti pembangkang sebagai Kerajaan Negeri perlu dipertikai. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor bagaimana mereka secara terang-terangan menipu rakyat mereka. Diperingkat Kebangsaan sendiri mereka sudah menunjukkan tabiat mereka memegang kuasa. Belum lagi memerintah, mereka sudah mula meletak-letakkan jawatan kepada orang-orang tertentu. Seterusnya mewujudkan kerajaan Bayangan mereka dalam dunia fantasi mereka sendiri. Bukan setakat itu sahaja, malah kaedah ini juga turut diaplikasikan diperingkat JKKK Kampung di Pulau Pinang. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh bekas Timbalan Ketua Negeri Pulau Pinang, Muhammad Fairus dalam Pentas Pemuda malam tadi.

Pentas pemuda malam tadi turut dihadiri ratusan anak-anak muda yang setia dan menyokong penuh Barisan Nasional. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari sekitar kawasan Pekan Hulu Selangor. Muhammad Fairus juga turut mendedahkan tujuan utama DSAI meletak Zaid Ibrahim sebagai calon dalam PKR kali ini. Tujuan utama mereka hanya untuk menjadi perisai kepada DSAI didalam Parlimen dari serangan-serangan Ahli Parlimen PKR yang telah keluar parti tidak lama dahulu. Terutama serangan yang belum lagi didedahkan oleh Zulkifli Nordin. Kita masih belum mendengar pendedahan siapa Fir'aun Kecil dalam PKR lagi, namun Zul telah mengambarkan Zaid Ibrahim sebagai salah seorang dari mereka. Maka pengundi Hulu Selangor perlu bertanya kepada diri mereka sendiri. Adakah layak kita memilih seorang pemimpin yang memperjuangkan hak-hak rakyat atau seorang yang dipilih sekadar untuk menutup aib seorang sahaja?

Fikir – fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping