Salam 1Malaysia.
Zaid Ibrahim hari ini masih lagi mempertahankan hujah beliau bahawa titah Sultan Selangor berkenaan Isu Penggunaan Masjid sebagai Pentas Berpolitik adalah ssebagai pandangan peribadi baginda.
Beliau dalam Malaysiakini hari ini turut mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan arahan Sultan.
“Saya berpendapat kuasa yang diberi kepada kerajaan negeri di bawah Artikel 74 yang dibaca bersama-sama dengan Artikel 80 Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan dalam hal ehwal agama Islam itu diberi kepada pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri pada hemat saya ialah DUN.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Zaid secara terang - terangan mengatakan bahawa kuasa untuk memutuskan Larangan tersebut adalah terletak kepada Majlis Agama Islam Selangior.
Tetapi apabila Pengerusi MAIS memberi maran kepada beliau, beliau alih pula kuasa tersebut kepada DUN.
Kalah Ular Sawa Zaid Ibrahim ni bercakap. Bukti dah ada. Apa yang dia nak pertikai lagi? Ludah ke langit kena muka sendiri pun tak nak mengaku lagi ke?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.