Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam kesibukan Semut bertugas dan menjalankan amanah hari ini, sempat juga Semut menghadiri Ceramah Agama.
Kehadiran jemaah hampir 80 orang malam tadi mendengar ceramah dari Ustaz Haji Aznil (Bukan Aznil Haji Nawawi ye) dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Antara lain isi ceramah tersebut yang mencuri perhatian Semut ialah mengenai kata - kata hikmah dari Saidina Ali Kharamallah Huwajhah R.A yang berbunyi:
"Biarlah kita penat menjalankan amal ibadah dan kebajikan demi kebaikan. Penat itu akan hilang tetapi pahala amal ibadah dan kebajikan itu akan berpanjangan hingga hari akhirat.
Jangan kita gembira dengan membuat dosa dan kemusnahan demi keburukan. Gembira itu akan hilang tetapi dosa dan keburukan itu akan kekal bersama kita hingga di padang Masyar".
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.