Selasa, Mei 11, 2010

Salam 1Malaysia.

Selama 64 tahun UMNO masih kukuh menerajui pentadbiran Negara.

Hakikat bahawa UMNO lah yang membuka ruang agar Negara ini mengecapi Kemerdekaan tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Baik dari kaum mahupun pembangkang.

Pelbagai perubahan yang sudah dilaksanakan selama 64 tahun itu. Bukti kasarnya ada di depan mata kita.

Dari Negara yang dijajah ke Negara Merdeka. Dari bangsanya daif sehingga menjadi setaraf dengan penduduk dunia.

Dari berjalan kaki (waktu itu memiliki basikal sudah dikira mewah) hingga mampu membeli kenderaan berenjin.

Dari petani ke Pekerja Awam, Kakitangan Kerajaan dan juga Peniaga yang berjaya.

Dari jalan tanah merah ke jalan bitumen seterusnya ke lebuhraya dan jalan Tar. Dari Sekolah Melayu ke Sekolah Kebangsaan. Dari buta huruf ke taraf Profesional.

Dari Masjid papan ke Masjid batu lengkap dengan alatan siaraya yang terkini. Dari sawah ladang ke pejabat - pejabat berhawa dingin.

Inilah bukti perubahan dan pembangunan yang telah dicapai. Dengan sokongan dari pelbagai pihak, kaum dan masyarakat, perkara ini telah dilaksanakan. Sebagai peneraju yang mengepalai Barisan Nasional, UMNO telah membuktikannya.

Bukan mahu membangga diri tetapi hakikat penerimaan masyarakat terhadap perkara ini semakin jauh. Yang terang lagi mahu bersuluh.

Demikianlah nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan dibumi yang bernama Malaysia ini. Sayangnya, segelintir manusia disini tidak mahu menikmati anugerah tersebut.

Adakah mereka ini dari golongan yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T?

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping