Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berseri sikit blog Semut hari ini hanya semata -mata kerana MP Lembah Pantai ini keliru.
Laporan beliau yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini mempertikai jawapan DS Najib berkenaan Isu Lesen Judi yang antara lainnya:
"Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa yang begitu panjang untuk membuat kenyataan yang kerajaan masih belum memberikan kelulusan kepada syarikat itu semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi :Sinar Harian, semalam.
Semut pun keliru juga dengan kekeliruan MP Lembah Pantai ini.
Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh beliau? Adakah beliau mahu Lesen itu diluluskan atau tidak dikeluarkan?
Jika beliau dan kroni PR (Klik Sini) memperjuangkan agar lesen tersebut tidak dikeluarkan, sepatutnya beliau bersyukur dengan jawapan DS Najib kelmarin yang menyatakan bahawa lesen tersebut belum dikeluarkan lagi.
Sekarang, tindakan seterusnya ialah untuk memastikan agar lesen tersebut tidak dikeluarkan lansung, bukan mempertikaikan jawapan Perdana Menteri itu.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Semut pun hairan. Kenapa bapa beliau turut mengambil masa yang lagi lama dari PM untuk mendedahkan bukti yang selalu dilaungkan sebelum ini? Tak nak pulak dia pertikaikan perkara itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.