Selasa, Jun 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mungkin Semut agak terlewat mengulas mengenai isu ini. Tetapi lewat atau tidak, perkara ini masih menjadi perbualan dikalangan rakyat Malaysia terutama orang Melayu.

Apabila Anwar Ibrahim mengumumkan mahu memberi laluan dan kuasa kepada DAP dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), banyak respon yang Semut terima.

Salah satunya, kesedaran politik dikalangan bangsa Cina terhadap perkongsian kuasa sudah tergugat. Mereka yang mengawal ekonomi negara sebelum ini mula mendahagakan kuasa. Itu persepsi Semut terhadap tindakbalas mereka dalam Pilihanraya Kecil baru - baru ini.

Mereka (Cina) dikatakan menolak Barisan Nasional kerana melihat ruang kuasa DAP lebih menyerlah dalam Pakatan Reput yang dipimpin Anwar Ibrahim. Mereka (DAP) mampu membengkang - bengkokkan PKR dan PAS sesuka hati mereka dan jawatan TPM hanya sebagai 'shadow' untuk mereka memegang kuasa.

Persoalan yang timbul dari isu ini ada 2:

Pertama: Bagaimana PAS yang sebelum ini digembar - gemburkan oleh Ketua Pemudanya tidak mengabaikan Impian Negara Islam sedangkan yang berkuasa bukan mereka? Layakkah mereka bersuara apabila PR mengambil alih kuasa (jika berlaku) untuk membina Negara Islam?

Kedua: Sekiranya kes Anwar di mahkamah 'sangkut' dan beliau dikenakan hukuman penjara (jika disabit kesalahan) siapa pula yang akan mengantikan kedudukan Perdana Menteri nanti? DAP atau PAS?

Jika dilihat senario hari ini, DAP memiliki kerusi lebih banyak di Parlimen dari PKR dan juga PAS. Apakah Lim Kit Siang Ikan dan Karpal Singki Pecah akan membiarkan Hadi Awang memegang kuasa? Inilah mimpi ngeri Ketua Pemuda PAS yang terang - terangan tidak dapat mengulas mengenai isu TPM.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping