Paparan berita utama TV3 malam ini mengisahkan sebuah sekolah MRSM yang baru siap dibina di Trolak.
MRSM tersebut dikatakan menerima 700 orang pelajarnya sejak Januari tahun ini telah dibina dari tahun 2007 lagi.
Pembinaan bangunan sekolah dan kemudahan lain disitu dikatakan mendapat pembiayaan penuh dari MARA dan Felda.
Maka pelik juga Semut apabila mendengar berita tersebut.
Adakah ini bukti nyata yang dikatakan oleh Suara Keadilan dan Gerakan ANAK bahawa Felda sudah bankrap?
Apakah pemahaman mereka terhadap perkataan bankrap itu dengan pembinaan bangunan sekolah?
Dilaporkan juga 80% pelajar yang memasuki sekolah tersebut terdiri daripada anak - anak peneroka yang mendapat pencapaian tinggi dalam bidang akademik.
Pelik juga. Maknanya, pemahaman bankrap atau muflis Suara Keadilan dan ANAK ialah dengan Felda memiliki aset yang berbillion ringgit.
Adakah perlu Suara Keadilan dan ahli - ahli gerakan ANAK ini juga dihantar ke sekolah terbabit untuk mempelajari semula bahasa Malaysia?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.