Rabu, Julai 07, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Muka depan akhbar Harakah minggu ini memaparkan tajuk besar:

"ANWAR, ERDOGAN DIKECAM YAHUDI" lihat gambar disebelah.

Dalam ertikata lainnya, mereka cuba menyamakan pendirian Ketua Penipu itu dengan Perdana Menteri Turki, Edrogan yang lantang mengkritik tindakan Rejim Zionis beberapa bulan yang lalu.

Namun, dalam kenyataan akhbar tersebut juga menulis 'Kekesalan Anwar menggunakan istilah agresif zionis'. Satu kenyataan atau pendirian yang boleh dipertikaikan terhadap pendirian sebenar Ketua Penipu itu.

Sehingga kini, Anwar masih belum menyatakan dengan jelas atau menjawab sebarang persoalan mengenai kaitan beliau dengan sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa.

Dalam akhbar Washington Post itu juga turut menyifatkan perubahan Anwar dari seorang demokrat (Kononnya la kan) yang pro Amerika kepada seorang yang Fanatik anti Israel. Mungkin ini pihak Washington Post baru kali pertama melihat wajah talam dua muka atau TwoFace Anwar yang sebenarnya.

Akhbar Harakah juga membenarkan berita bahawa Anwar memang rapat dengan sekutunya Yahudi di Amerika yang kononnya mampu menggunakan kelebihan itu untuk menamatkan konflik di Palastine.

Sempat juga mereka, Harakah, menyalahkan pihak Kerajaan Malaysia dan beberapa nama besar termasuk Perdana Menteri, Menteri Pertahanan Malaysia, Menteri Penerangan dan juga Ketua Pemuda UMNO yang hanya 'disyaki' terlibat dengan Israel.

Er, bukan ke sebelum ini Anwar kata beliau boleh buktikan penglibatan APCO dengan Gagasan 1Malaysia? Kenapa Harakah tulis perkataan 'disyaki' pula?

Adakah mereka secara tersiratnya sudah mula mempertikaikan kebenaran yang hendak di buktikan oleh si Ketua Penipu itu?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Teringat pula Semut pada watak penjahat 'Twoface' dalam komik DC, Batman. Mungkin Malaysia pun kena panggil Batman untuk memenjarakan semula Anwar Twoface ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping