Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Selepas beliau gagal memberikan sebarang penjelasan terhadap masalah Pasir, Khalid Ibrahim mula menggelabah. Beliau yang turut tidak dapat menyelesaikan masalah air Selangor telah cuba untuk menipu rakyat. Tetapi usaha tersebut gagal.
Mahu atau tidak, beliau terpaksa dengan terdesaknya memohon kerjasama dari Kerajaan Pusat untuk menangani kedua - dua masalah tersebut. Tetapi standard bagi pembangkang untuk meminta bantuan dengan memaki hamun dan membuat fitnah secara Istiqomah.
Terbaru, si Khalid Gagap ini telah meluluskan dana sebanyak RM15juta bagi kegunaan Media serta Internet di Selangor. Beliau menyatakan demikian dalam Majlis dialog merangka belanjawan 2011.
Belanja sedemikian besar adalah diantara bukti bahawa Parti Kelentong Rakyat (PKR) dan Khalid Gagap sebenarnya dalam keadaan terdesak. Mereka yang kini kian ditolak oleh rakyat terpaksa menggunakan segala bentuk kemahiran untuk menghadapi serangan dari UMNO/BN.
Termasuklah menggunakan wang perbendaharaan negeri. Kegunaan peruntukan tersebut hanya semata - mata untuk melawan propaganda BN dan laporan media perdana semata - mata.
Renungkan. RM15 juta untuk kerja - kerja politik dan jelas mempunyai kepentingan peribadi semata - mata. Kenapa tidak RM15juta ini digunakan untuk rakyat seperti yang mereka sering laung - laungkan?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Nak turun cukai pintu, bagi air percuma kata takde duit. Ini RM15juta untuk media, ada pulak duit?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.