Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hari ini, Peguam Manjeet Singh mengesahkan bahawa beliau memang ada bertemu dengan Nallakaruppan dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara Anwar dengan Nalla.
Beliau yang turut mengeluarkan kenyataan berikut mengakui perkara ini dalam Utusan Malaysia Online.
“...Saya cuba menghubungkan dua kawan yang bergaduh ketika itu untuk berbaik semula. Persahabatan Anwar dan Nallakaruppan menjangkaui parti politik. Jika dua kawan bergaduh, adakah salah untuk cuba merapatkan mereka semula..?”
Sumber terbaru yang Semut perolehi agak memeranjatkan. Kenyataan dari Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari sangat - sangat mengelirukan. Adakah ini kaedah yang digunakan oleh Manjeet dalam usaha beliau untuk merapatkan hubungan dua orang sahabat?
"...merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Nallakarupan pada 24 Julai 2010 di Balai Polis Brickfields berhubung ugutan peguam Manjeet Singh Dhillon "yang mahu memotong kepala saya dan berjalan di jalan raya..."
Demikian yang disiarkan dalam blog Pisau.Net.
Macam mana Manjeet boleh kata beliau tidak ada kaitan dengan Anwar sedangkan beliau mahu merapatkan hubungan dua orang sahabat ini? Untuk apa beliau mahu menjadi orang tengah sekiranya beliau sendiri tiada kaitan dengan mana - mana individu tersebut?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Punya lah nak menipu ye tak.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.