"...Haiya...Bikin Susah Olang...Pakai Wa Punya Kepala, Bikin Hal..."
Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.
Teka - teki berkenaan siapa Veteran DAP yang menyalahguna kepala surat Exco Negeri Selangor masih belum berjawab sehingga ke hari ini. DAP Selangor dilihat bersungguh - sungguh untuk menyembunyikan identiti individu tersebut walaupun Ronnie Liu telah mengesahkan perkara tersebut memang benar.
Ekoran dari pendedahan The Star baru - baru ini, maka teka - teki Ahli Veteran DAP itu masih berterusan. Dalam laporan Utusan Malaysia Online hari ini, seorang Ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah individu tersebut.
Beliau yang menyatakan tidak pernah secara individu atau keluarganya memohon sebarang tender atau kontrak mahupun membida mana - mana kontrak kerana ianya jelas akan menimbulkan konflik kepentingan secara lansung.
Dalam laporan akhbar sebelum ini, tidak menjelaskan nama sebenar Veteran tersebut tetapi hanya memberi gambaran bahawa lelaki tersebut dalam lingkungan usia 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri.
Tengok bertapa belitnya Penipu Rakyat ini memainkan isu. Kenapa DAP Selangor takut untuk mendedahkan nama individu berkenaan sedangkan mereka sendiri telah mengiyakannya dan Menteri Besar Selangor pun turut menyatakan bahawa siasatan telah pun dilakukan?
Katanya, rakyat disalurkan dengan kisah benar dan telus. Tetapi dalam keadaan ini, kenapa ketelusan dan kebenaran itu tidak dizahirkan oleh mereka?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.