Rabu, Julai 28, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Lidah bercabang pemimpin DAP masih belum disedari oleh masrakat Malaysia sehingga kini agaknya. Sebab itulah PAS dan PKR masih mati - matian mempertahankan dan sanggup menurut perintah mereka walau apa pun keadaannya.

Presiden MCA, Chua Soi Lek menyifatkan DAP bukan sahaja Cauvinis malah melaksanakan dasar 'Double Standard' apabila sebarang masalah berlaku kepada mereka. Beliau merujuk perkara tersebut kepada isu Veteran DAP yang menggunakan kepala surat Exco Kerajaan Negeri bagi mendapatkan tender kerajaan.

Jika perkara itu berlaku kepada Barisan Nasional, belum sempat subuh mereka dah mula membesar - besarkannya. Belum sempat diberi sebarang penjelasan, bertubi - tubi tohmahan, spekulasi dan persepsi yang dilemparkan. Malah terus mendesak SPRM mengambil tindakan dan menyiasat perkara tersebut.

Tetapi sebaliknya, apabila ianya terpalit ke muka sendiri, mereka mendiamkan diri. Cuba menyelesaikannya secara senyap - senyap agar ianya tidak diketahui rakyat. Demikian yang dilaporkan dalam The Star Online hari ini.

Di Perak pula, mereka mendesak agar Kerajaan Negeri dibawah pimpinan BN agar bertimbang rasa dan berlaku adil kepada penduduk setinggan bagi memastikan penduduk berkenaan mendapat layanan setimpal dan mendapat keadilan.

Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran menyatakan adalah penting bagi kerajaan negeri menjalankan tugas dan tanggungjawab yang cekap bagi memastikan pemindahan setinggan ini dijalankan dengan adil serta bertanggungjawab. Malah beliau turut mempersoalkan adakah mampu kerajaan negeri melaksanakannya? Laporan penuh dalam Malaysiakini.

Paku dulang, paku serpih. Cakap orang dia yang lebih. Perumpamaan ini jelas menunjukkan talam dua muka DAP.

Kenapa perkara yang sama tidak dilakukan dan dilaksanakan oleh DAP di Pulau Pinang? Adakah mereka menjalankan kerja dan tugas dengan adil serta bertanggungjawab? Adakah penduduk setinggan di Pulau Pinang mendapat layanan setimpal dan mendapat keadilan?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping