Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hari ini, Tan Sri Harussani menyerahkan segalanya kepada kebijaksanaan umat Islam untuk menilainya. Beliau menyifatkan dakwaan yang dilontar oleh beberapa pemimpin PAS mengenai isu Perpaduan adalah penilaian mereka sendiri.
''...Terpulang kepada dia (Mahfuz), biarlah orang ramai menilai. Bagi saya, saya tetap mempertahankan kenyataan saya sebelum ini (menyatakan ada kalangan pemimpin Pas menemuinya bagi mendapatkan pandangan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas)..."
Demikian yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia Online hari ini.
Semalam, Mahfuz Omar yang menyifatkan Harussani sebagai 'Pencacai UMNO' kerana didakwanya berbohong mengenai perjumpaan bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang dikatakan menyentuh soal Perpaduan UMNO/PAS.
Turut mendadpat perhatian semalam ialah desakan Yang DiPertua PAS Shah Alam, Khalid Samad yang turut mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor itu memfailkan saman terhadap Mufti Perak atas dakwaan yang sama iaitu berbohong.
Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani itu ternyata beliau kecewa dengan tindakan pemimpin - pemimpin parti yang mendokong Islam sebagai dasar perjuangannya.
Betapa rendahnya nilai iman manusia apabila ianya hanya semata - mata kerana kuasa. Buta hati mereka kerana tidak dapat melihat kebaikan dan nikmat yang bakal diperolehi sekiranya Perpaduan Ummah ini menjadi kenyataan. Malah mereka juga menidakkan KeRedhaan Allah S.W.T. Nauzubillah.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.