Rabu, Julai 28, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kesempitan akal fikiran manusia dalam sesuatu masalah boleh dilihat dengan jelas sejak akhir - akhir ini. Bertapa jumudnya mereka dalam mendekati sesuatu isu sedangkan mereka sering melaung - laungkan agar diwujudkan Negara Islam dan dasar perjuangan mereka berteraskan Islam kononnya.

Dalam titah baginda Yang DiPertuan Agong sewaktu Perasmian Majlis Tilawah Al - Qur'an Peringkat Antarabangsa Ke 52 semalam menyatakan bahawa adalah tidak wajar sekiranya umat Islam berselisih dalam perkara 'furu' (cabang) sehingga menimbulkan perpecahan.

Seri Paduka juga bertitah agar seluruh dunia Islam bersatu dalam menghadapai segala bentuk ancaman terhadap umat Islam sama ada secara fizikal mahupun secara kerohanian termasuk isu Islamifobia.

Isu tersebut yang kini menjadi racun kepada masyarakat dunia terutama dikalangan masyarakat bukan Islam perlu ditangani segera. Demikian laporan mStar Online hari ini.

Maka, dalam kata ringkasnya, Perpaduan Ummah bukan hanya sekadar buat UMNO dan PAS sahaja. Tetapi seluruh dunia Islam perlu bersatu padu dan menjalinkan Ukhwah sesama umat serta saudara.

Yang lebih penting dan terdahulu, perkara ini perlu dilaksanakan didalam negara terlebih dahulu agar ianya dapat dijadikan sebagai contoh serta tauladan kepada negara - negara lain dalam dunia.

Jadi kepada semua pemimpin - pemimpin Islam dalam Malaysia. BUKAK MINDA YANG SEMPIT TU. Sudah - sudah lah nak mempertikaikan orang atas dasar kepartian dan kuasa semata - mata.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Bukankah semua Umat Islam itu bersaudara?
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping