Ahad, Julai 25, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Maaf kepada semua pembaca blog Semut kerana sejak kebelakangan ini agak jarang juga Semut menulis dalam blog ini.

Bukan apa, Semut banyak buat kerja luar. Bukan nak cari gula. Gula banyak lagi stoknya. Cuma orang yang tak tau berusaha dan mencari sahaja yang tak jumpa. Bila tak jumpa, mula la salahkan itu dan ini.

Semut kebelakangan ini sibuk turun ke padang bertemu dengan golongan pengundi dan bukan pengundi dikalangan belia. Nak cari ruang untuk menjelaskan kepentingan dalam mendaftar diri sebagai pengundi. Bukan juga atas tujuan politik. Tetapi atas kesedaran Semut sendiri.

Seperti yang selalu diingatkan oleh orang tua - tua dahulu. Kefahaman terhadap sesuatu perkara itu adalah kunci kepada perkara yang selepasnya.

Andainya kita ingin memeluk Islam, maka segala isi kandungan didalam Islam itu perlukan pemahaman. Tanpa pemahaman inilah banyak berlakunya Sumbang Mahram, Buang Bayi, Seks Bebas dan segala jenis serta bentuk gejala sosial. Termasuk hubungan luar tabiie.

Salah siapa sekiranya seseorang itu tidak faham akan sesuatu perkara terutama dalam erti tanggungjawab mereka terhadap negara? Kerajaan? Institusi Pembelajaran? Keluarga? Masyarakat? Atau diri kita sendiri yang mengambil mudah dalam perkara ini?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Buat sesuatu yang baik itu lebih baik dari tak buat lansung.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping