Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Media dan masyarakat umum kebanyakkannya hari ini masih bercerita mengenai isu pasir, sama ada di Selangor mahu pun di Pulau Pinang. Banyak spekulasi dan kisah kita dah dengar.
Tak kurang juga dengan kontroversi Ketua Menteri Ultra Kiasu yang berkonfrantasi dengan SDOnya sehingga menarik perhatian NGO's di Pulau Pinang.
Di Selangor pula, Pemuda Barisan Nasional menyerahkan memorandum dan bukti yang menyatakan bahawa wujud penyelewengan serta kecurigaan terhadap isu Pasir di negeri tersebut. Tidak kurang juga Menteri Besarnya yang masih gagal menjelaskan perkara ini dan menyalahkan Polis serta pihak berkuasa yang berkenaan kerana tidak menjalankan tugas mereka.
Semut ketika berada dikalangan orang - orang tempatan mendengar persoalan - persoalan mereka. Macam - macam juga yang di persoalkan.
Antaranya, kejadian curi pasir itu dikatakan telah berlaku sejak setahun yang lalu. Macam mana ianya boleh diketahui ramai? Kenapa sehingga hari ini, Aduan Rakyat sebagai contoh masih tidak membuat sebarang liputan? Mereka lebih menumpukan kepada kes kecurian pasir yang kecil, tetapi kenapa kes di Wetland itu tidak diketengahkan.
Satu soalan yang mesti dijawab oleh Menteri Besar Selangor ialah, ke mana perginya pasir - pasir yang dikorek itu. Kegunaan pasir itu untuk apa kerana ia jumlahnya besar. Berlori - lori yang keluar masuk. Kepada siapa pasir tersebut dijual?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.