Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tuntutan dalam Perpaduan Ummah merupakan salah satu syariat yang diutamakan dalam Islam. Perpaduan Ummah dituntut terutama sekali diantara umat Islam diserata dunia.
Dengan perpaduan inilah, Islam dan juga umatnya akan turut ditakuti serta disengani malah di hormati bukan sahaja di dalam Negara Malaysia, bahkan diserata benua.
Perlaksanaan perpaduan dan juga impian PAS dalam penubuhan Negara Islam hanya dapat direalisasikan dengan perpaduan mereka bersama UMNO.
Seperti kata Lokman Noor Adam, bekas pengikut PKR menyatakan dengan jelas bahawa pendirian serta perlembagaan DAP secara terang - terangan menolak Negara Islam jauh sekali mereka akan menerima hukum - hukum Islam.
Lihat sahaja hari ini. Mereka bukan sahaja dengan secara terbuka mencabar dan mencabul kesucian agama Islam malah turut memberi amaran kepada pemimpin PAS bahawa sekiranya Pakatan Rakyat (satu pakatan yang tidak pernah wujud) mentadbir negara, hukum Islam tidak akan dilaksanakan.
Lokman Adam juga turut menyatakan bahawa tidak mustahil untuk PAS kembali bekerjasama dengan UMNO bagi mengukuhkan Institusi Agama Islam dalam Negara selepas kejadian 1977.
Bagi Dr. Mohd Asri Zainal Abidin pula, semangat Perpaduan dalam bangsa serta masyarakat tidak akan dapat dihayati sepenuhnya dalam erti kata sebenar.
Merujuk kepada keadaan dunia hari ini dimana Islam tidak dijadikan asas kepada perjuangan mengakibatkan perpecahan serta perbalahan sesama umat Islam itu sendiri.
Laporan dari Bernama.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.