Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam sidang Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Jempol mengutarakan satu soalan dan kegusaran beliau mengenai Kerajaan Negeri yang tidak bertanggungjawab menjaga Khazanah Negeri.
Khazanah Negeri yang dimaksudkan beliau ialah tanah dan juga alam sekitar. Dengan memberikan contoh kawasan "Wetland" yang turut di'jarah' mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Habis pasir - pasirnya dikorek dan dijadikan 'hasil'.
Menjawab soalan tersebut, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato' Douglas Unggah Embas telah memberikan jawapan bahawa sama ada permit dan lesen mengorek pasir serta sebagainya ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri.
(Turut kedengaran "Owh..." dari beberapa Ahli Parlimen lain..."). Maka yang perlu bertanggungjawab terhadap perkara seumpama ini ialah Pihak Kerajaan Negeri.
Seperti kes pasir di Selangor, Kerajaan Negeri yang perlu dipertanggungjawabkan kerana ianya datang dari kerajaan negeri itu sendiri.
Tak semena - mena je si Ahli Parlimen Titiwangsa ni bangun dan bertanya:
"Inforcement dari pihak mana?"
Apa ke bodoh sangat soalan tu? Dah tentu la pihak berkuasanya pun Kerajaan Negeri. Lesen dan permit dah diluluskan oleh Kerajaan negeri, maka pemantauan pun mesti datang dari Kerajaan Negeri jugak.
Maka perlaksanaan dalam pemantauan pun akan jadi pincang sebab pihak Berkuasa tak ambil tindakan. Bila perkara itu dibawa ke perhatian pihak berkenaan, mesti mereka akan kata:
"Ada permit korek pasir disitu..." Lagi mudah, Usul mengenai hasil Pasir ni ditolak oleh Speker Dewan Negeri. Alasan? Kuasa MB katanya.
Dah senyap. Tutup kes. Rakyat dibawah nganga. Tak tau apa cerita sebenar. Ini yang dikatakan Negeri Rakyat?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Nak menegakkan benang yang basah. Kalau dah kawannya pencuri, mati hidup semula pun takkan nak dia mengaku.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.