Jumaat, Julai 23, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tidak mungkin tidak, perkara ini akan berlaku. Itulah perbezaan dalam corak pemikiran diantara manusia. Walaupun mereka datang dari satu parti yang sama, tetapi percanggahan pendapat pasti wujud.

Inikan pula dalam struktur organisasi masyarakat. Dan jika perkara ini kekal berterusan, maka adalah pasti masyarakat itu akan berpecah belah dan berpuak - puak. Namun perkara ini perlu dijadikan satu renungan.

Semalam dikhabarkan secara keseluruhannya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Tantawi bersetuju untuk mewujudkan Perpaduan Ummah. Walau apa pun cara penyampaiaan beliau, secara dasarnya beliau setuju dengan cadangan tersebut.

Sayangnya, Mursyidul Am PAS hari ini telah menolak hasrat Ketua DPPP itu dengan alasan mengatakan itu hanya pandangan peribadi semata - mata. Sebaliknya beliau turut menyalahkan Kerajaan Persekutuan yang menimbulkan masalah.

Soal Perpaduan Ummah jadi masalah?

Dalam isu yang berkaitan, Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Haron Din Al - Hafiz menyatakan sudah sampai masanya kedua - dua pihak (PAS - UMNO) berhenti bercakap mengenai isu ini. Sebaliknya beliau menggesa agar memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan itu.

Beliau yakin sekiranya umat Islam, khususnya bangsa Melayu disatukan, maka akan terbentuk satu kelompok yang paling kukuh bagi perpaduan umat itu sendiri.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping