"...Sebelum Kena Tanya Bukan - Bukan...Blah Dulu La..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini, berdekah - dekah mereka menyatakan bahawa mereka lah yang paling adil kepada semua kaum dan bangsa dalam negara. Mereka kata, mereka capai kejayaan di Negeri - Negeri yang mereka perintah.
Berulang - ulang kali diperdengarkan kepada rakyat di mana - mana sahaja. Mereka lah pejuang bangsa. Sebagai contohnya di Perak, mereka membela nasib Kampung Cina yang hanya di beri T.O.L kepada penduduk tempatan walaupun telah mendiami kawasan tersebut selama hampir 50 tahun. Mereka kata mereka bagi geran tanah. 999 TAHUN!!!
Kenapa perkara yang sama tidak diulang mereka di Pulau Pinang? Kenapa keadaan yang sama tidak dilaksanakan di Pulau Pinang? Kenapa tmereka tak bagi geran tanah selama 999 tahun di Pulau Pinang?
Mana suara - suara mereka ini? Kenapa mereka senyap di Parlimen? Apa gunanya ada Ahli Parlimen seperti Nizar Jamaluddin yang kononnya adil sangat tu?
Semalam mereka diselar di Parlimen oleh Senator Datuk Sharifah Aminah, Ahli Dewan Negara kerana tidak berani bersuara dan mempertahankan hak Melayu. Menurut beliau, ini bukan soal rasis tetapi keadilan rakyat yang kononnya menjadi nadi pembangkang.
“Ketepikan soal kepentingan politik. Ini bukan soal perjuangan politik sempit tetapi nasib bangsa Melayu yang ditindas. Mana semua pemimpin-pemimpin Melayu apabila rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam akan dirobohkan, sedangkan dalam kes Kampung Puah Pala ia bermati-matian dipertahankan.
Kalau sesama Melayu, mereka lantang bersuara dan berani berdebat. Tetapi bila berhadapan dengan DAP, diam menikus.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.