Khamis, Ogos 19, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kes buang bayi ni semakin hari semakin banyak pulak yang kita dengar. Tapi bagi Semut, itu perkara biasa sebab media dalam Malaysia ni bersifat 'Contagious' atau berjangkit. Pantang timbul satu benda baru, maka benda itu akan diulang - ulang dan diperbesar - besarkan.

Tapi apa tujuannya? Agar orang yang melihatnya insaf dengan perkara tersebut. Macam isu pembuangan bayi ni. Bagi Semut orang yang buat perkara itu bukan tak pandai, tapi dia bodoh. Nak buat jahat je yang pandainya, tapi perkara lain tak la pandai pulak.

Kenapa Semut kata macam tu? Dah tau nak buat jahat, sediakanlah benda yang patut. Pakai kondom, makan pil cegah kehamilan. Itulah sebabnya kenapa masyarakat tidak bersetuju dengan matapelajaran Seks di Sekolah. Mana taknya, kalau mereka di sekolah dah tahu perkara seumpama ini wujud, dah tentu mereka akan cari. Lagi banyak gejala maksiat akan berleluasa di Negara ini nanti. Nauzubillah.

Kalau nak ikutkan cadangan Kerajaan Negeri Selangor lagi la kelakarnya. Patut la GAP gelak sakan dalam blog beliau bila membincangkan perkara ini. Klik sini.

Kalau ye pun nak buat kempen anti Zina di Selangor, cuba tutup premis - premis maksiat yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Selangor tu dulu. Baru la nak cerita pasal buat kempen. Tak pun, kempen tu bermula dengan mereka menutup semua pusat - pusat maksiat di Selangor, macamana?

Kalau menurut DPPP pula, mereka menyalahkan sambutan - sambutan Cuti Peringkat Kebangsaan sebagai punca utama. Ada betul dan tidaknya pulak apa yang Ketua DPPP dakwa itu dalam The Star Online hari ini. Betul dalam merayakan sambutan tersebut, sesetengah dari mereka bergaul secara bebas. Tetapi tidak pula pihak bertanggungjawab menganjurkan seks percuma.

Kalau dilihat secara kasar, kebanyakkan golongan yang menyambut sambutan tersebut semuanya dibawah Negeri Payungan Pakatan Pembangkang. Selangor, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang. Apa yang mereka lakukan untuk membendung perkara itu dari terus berlaku? Apa gunanya Dr. Hassan Ali jadi Exco Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Selangor jika tidak ada inisiatif untuk menanganinya?

Tapi tak sewajarnya Semut menyalahkan mereka sahaja. Pihak Kerajaan Pusat juga turut menanggung tanggungjawab yang besar. Kalau tidak, tak terlaksana Kempen Kami Prihatin oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tugas dan tanggungjawab juga harus dipikul oleh masyarakat sebagai sebahagian dari anggotanya. Maka atas sebab inilah Perpaduan Ummah itu perlu kerana kita boleh tegur menegur diantara satu dengan yang lain. Seperti masyarakat zaman dahulu dan sebab itu mereka tidak menghadapi perkara seumpama ini. Tak gitu?

Pokok pangkalnya, perkara ini adalah disebabkan oleh manusia dan individu itu sendiri. Bergantung kepada kekuatan Iman dan ketinggian Ilmu manusia itu untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Semuanya bertitik tolak dari rumah. Semut masih ingat pesanan Abang Semut sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dulu. 'Kalau tak cukup Iman didada, jangan cuba hidup di kota'.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping