Ahad, Ogos 22, 2010

...Hubungan Superficial Berterusan...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Bila mengulas mengenai isu Hukum Hudud, kebanyakan orang hanya akan menunding jari dengan mengatakan bahawa hanya Kerajaan Pusat yang tak benarkan. Mereka kata, Kerajaan Pusat akan menolak cadangan tersebut sebelum ianya sempat dibentangkan.

Sekarang, mereka kata pakatan pembangkang kukuh dan saling memahami diantara satu sama lain. Kata mereka, perkongsian mereka dalam pakatan adalah ikhlas.

Apa mereka nak kata dengan ulasan yang dibuat oleh si Karpal Singki Pecah mengenai perlaksanaan Hukum Hudud ini? Bukan kali pertama beliau buat sedemikian. Dah banyak kali.

"..Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini..." Laporan mStar Online.

Walaupun Nik Aziz mengatakan bahawa apa yang Karpal kata mengenai Hudud itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz juga harus ingat bahawa Karpal Singh itu juga Pengerusi DAP. Hak mutlak untuk menentukan dasar bagi parti tersebut terletak dalam tangan pengerusi. Itu belum diminta mengulas mengenai isu penubuhan Negara Islam lagi.

Jadi, bukan hanya Kerajaan Pusat sahaja yang menolak idea Nik Aziz, malah rakan sekutu beliau juga turut tidak dapat menerimanya. Adakah ini yang dikatakan bahawa hubungan diantara pakatan pembangkan itu ikhlas? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping