Selasa, Ogos 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut membaca berita terkini mengenai perpindahan kuda yang terpaksa diberhentikan buat sementara waktu akibat wabak yang menyerang haiwan tersebut. Laporan tersebut disiarkan dalam The Star Online.

Satu kisah yang menarik perhatian Semut mengenai laporan itu, selain kisah kuda lumba tersebut, ada cerita lain disebaliknya. Dalam laporan tersebut menyatakan bahawa Penang Turf Club bertanggungjawab mengeluarkan sidang media tersebut. Perpindahan kuda tersebut adalah dari Penang Turf ke Perak Turf kerana Penang Turf Club sedang dalam proses Pengubahsuaiaan.

Wah!!! Negeri Khalifah DAP boleh buat pengubahsuaian untuk tempat lumba kuda? Kalau sebelum ini, beria benar menentang judi bolasepak. Ni siap boleh 'upgrade' padang lumba kuda ni apa cerita? Apa PAS Penang buat? Tak nak buat bantahan ke?

Bukan ke DPPP sebelum ini membuat usul membantah semua jenis judi sukan? Lumba Kuda bukan judi sukan ke? Persoalan yang lagi menarik, ada pulak duit nak ubah suai padang lumba kuda. Tapi, tempat perniagaan Melayu kenapa tak nak diubahsuai dan dinaik tarafkan? Kuda lagi penting dari rakyat ke?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping