...Eh! Berapa Lama Mau Tunggu Da?...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam blog The Unspinner yang Semut layari semalam ada memaparkan klip video sewaktu si Ketua Penipu Rakyat ini memaki hamun wartawan RTM. Jelas, wartawan tersebut berani menuntut keadilan dari Anwar Ibrahim Al - Juburi yang asyik mengelak agar pertuduhan kesnya dapat diselesaikan segera.
Dalam video tersebut, Anwar menjelaskan alasan kenapa beliau tidak mendedahkan video berkenaan Sogokkan Wang RM2juta kepada Ahli Parlimen yang keluar pakatan. Kononnya, kata beliau mereka sudah dibayar dan hanya perlu menjalankan tugas. Bila ditanya, bila beliau akan mendedahkan video tersebut, Anwar terus lipat baring dengan memberikan pelbagai alasan.
Diantara yang jelas Anwar pertikaikan ialah mengenai pendedahan yang dibuat sebelum ini masih tidak disiasat dan tidak tahu hujung pangkalnya. Antara lain Anwar beralasan mengenai isu Video VK Lingam. Nah, disini ada jawapan bagi persoalan Anwar. (Klik Sini).
Anwar juga mempertikai mengapa isu Port Klang Free Zone (PKFZ) masih tiada sebarang keputusan. Maka Semut bagi jawapannya disini dan disini. Kes tersebut masih belum mendapat sebarang keputusan lagi. Ianya masih dalam perbicaraan.
Sekarang yang tinggal hanya isu pendedahan Anwar sahaja. Bila agaknya Anwar mahu membuat pendedahan tersebut? Sebab Anwar cukup terkenal dengan sifu banyak bukti, maka ianya dituntut oleh rakyat.
Mungkin tabiat melengah - lengahkan masa ini sudah menjadi darah dan daging si Ketua Penipu ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.