Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pernah Semut paparkan dalam blog ini satu artikel mengenai perkara yang lebih baik dari sekadar berdemonstarsi dan hanya membuat kecaman. Baca sini untuk imbas kembali.
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam Malaysia dan seluruh dunia khususnya menjalani ibadah puasa. Dan kebanyakkan orang bila sebut puasa dua perkara sahaja yang mengingatkan mereka.
1. Waktu berbuka - Walaupun ianya satu perkara yang wajib untuk kita sebagai Umat Islam bersyukur sewaktu berbuka, tetapi diingatkan juga agar tidak keterlaluan. Kadang - kadang keghairahan untuk berbuka membuatkan kita lupa banyak perkara. Salah satunya pembaziran. Kita lupa dengan berbuka secara mewah - mewahan adalah satu amalan yang tidak baik. Maka hayatilah kehidupan yang wasatiah dan bersederhana dalam pelbagai perkara. Termasuk sewaktu berbuka.
2. Menjelang Hari Raya - Lain tidak kita lebih tertumpu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebulan berpuasa, tujuan dan matlamatnya adalah untuk mencapai 1 Syawal. Sedangkan hakikatnya, 30 hari berpuasa itulah sepatutnya ditunggu - tunggu. Maka persiapan biasa yang kita lihat bukan untuk menyambut Ramadhan. Tetapi sebaliknya menyambut ketibaan 1 Syawal.
Renungan buat diri Semut sendiri. Selama 30 hari kita berpuasa ini, waktu yang perlu kita titik beratkan adalah waktu bersahur. Bersahur juga adalah diantara perkara yang perlu kita lakukan dalam menjalani ibadah berpuasa.
Maka, suka Semut ingatkan diri sendiri, kebaikan yang perlu kita lakukan dalam waktu bersahur ini. Penuhi tempoh bersahur itu dengan pelbagai amal ibadah tambahan seperti solat sunat dan membaca Al - Qur'an. Dan yang paling penting, MEMENUHKAN MASJID DAN SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH.
Semoga amal ibadat kita dibulan Ramadhan ini mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah S.W.T. serta merapatkan Ukhwah sesama Islam di Malaysia ini. Insya Allah.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.