Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tidak lama dahulu, kita banyak mendengar bantahan dan kecaman Negara - Negara serata dunia terhadap kekejaman Rejim Zionis. Tidak ketinggalan juga siri - siri demonstrasi yang turut diadakan bagi menyatakan bantahan serta ketidak - puasan hati masing - masing.
Semut pernah mempersoalkan perkara ini serta impaknya terhadap Rejim itu secara fisikal mahupun spiritualnya. (Klik Sini)
Sehingga hari ini, Israel masih lagi bongkak dan angkuh. Mereka masih lagi berani membuat ugutan demi ugutan terhadap misi - misi pengaman dunia.
Maka adakah demonstrasi yang telah diadakan sebelum ini membawa apa - apa kesan kepada mereka? Adakah perkara yang lebih besar dapat kita lakukan untuk membenam sifat angkuh Yahudi ini?
Tanpa disangka - sangka, jawapan kepada persoalan Semut dipaparkan dalam Majalah Solusi - Isu No 21 dalam ruangan Beduk Diketuk, muka surat 36. Artikel hasil tulisan Imam Global ini memberi gambaran jelas mengenai senjata utama untuk membuatkan hati Yahudi Angkuh dan Takabur gentar serta takut kepada desakan orang lain.
Diantara perkara - perkara yang diutarakan oleh penulis menyatakan bahawa sebaik - baik demonstrasi ialah dengan melaksanakan Solat Subuh secara berjemaah. Memang mudah untuk difikirkan dan memang itulah kebiasaannya.
Tetapi jemaah tersebut haruslah seramai Solat Jumaat atau dengan lebih spesifiknya melebihi 40 orang. 40 ORANG Solat Subuh berjemaah di Surau dan Masjid setiap hari!!!
Maka timbul pula persoalan, bila keadaan ini akan berlaku?
Jawapannya, bila Islam itu tahu untuk bersatu dan berkembang mekarnya Perpaduan Ummah dikalangan Umat Islam itu sendiri. Tatkala mereka berhenti menyalahkan itu dan ini serta mengutuk orang itu dan ini, ketika itulah keadaan ini mampu menjadi kenyataan.
Jadi renungkan lah. Buat apa kita buat demonstrasi raksasa tetapi kesannya tidak dapat dirasai? Mengapa tidak kita saling ingat - mengingati antara satu sama lain terutama mengenai solat?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.