Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Baru je semalam, Semut tertanya - tanya. Apa jadi dengan kes penyalahgunaan kepala surat dan cop rasmi exco Selangor yang kecoh baru - baru ini? Takkan senyap gitu je kan. Takde perkembangan ke? Dah la tak bagitau rakyat siapa yang bersalah dalam kes tu.
Tau - tau, hari ni keluar berita Tee Boon Hock dipecat dari menjadi Ahli Majlis Perbandaran Klang. Menurut Laporan, hasil siasatan Kerajaan Negeri membuat keputusan tersebut kerana mendapati Boon Hock memang ada melakukan perbuatan yang menyalahi etika dalam mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan peluang perniagaan.
Laporan seterusnya, baca disini.
Hah! Dah kata ada melakukan kesalahan etika, tunggu apa lagi SPRM. Bukan orang lain pulak tu yang cakap ada. Menteri Besar sendiri cakap. Takkan nak tunggu orang eja pulak kot. Pegi la buat siasatan. Takkan takde orang yang nak buat laporan kot? Dah terang - terang ada salah laku, nak tengok je ke?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.