Rabu, Ogos 11, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau gelap perlu juga kita suluh. Kalau malam ada bulan, tahan gagah lagi la nak jalan terus. Tapi masalahnya dah terang benderang. Takkan tak nampak - nampak lagi?

Itulah persoalan yang perlu ditanya mengenai 'Kesefahaman' dalam Pakatan Pembangkang hari ini. Jela dan nyata bahawa dasar mereka jauh bertentangan antara satu sama lain. Yang satu memperjuangkan Islam, membina Negara Islam dan melaksanakan hukum - hukum Islam. Malah turut mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Pelembagaan Persekutuan.

Yang lagi satu, mati - matian tolak Negara Islam. Siap tegang - tegang urat mempertahankan bahawa tidak ada golongan Bukan Melayu yang mahukan Malaysia sebagai Negara Islam (tak percaya, klik Sini). Kalau nak laksanakan hukum Islam, langkah mayat Pengerusinya dulu. Malah mereka juga turut menolak hak Melayu dan Bumiputera dan jika mereka berkuasa kelak PASTI mereka akan hapuskan Perlembagaan 153 itu dari buku Perlembagaan. Dasar mereka, semua sama.

Yang satu lagi, gila kuasa je. Janji dapat kuasa dah cukup. Cakap sahaja mengenai keadilan. Keadilan individu tertentu sahaja. Mengapa tidak mereka perjuangkan keadilan untuk orang lain? Setakat dua, tiga kes yang ada kena mengena dengan Kerajaan sekarang saja yang jadi tumpuan. Yang lain?

Jadi tidak pelik bila Tun Mahathir kata, perkongsian yang mereka buat hari ini hanya alasan untuk mendapatkan kuasa semata - mata. Bukan untuk memperjuangkan dasar parti. Maka, apa yang mereka miliki hari ini tidak ikhlas. Bagi mereka, sokongan saja yang penting. Lain, biarkan dulu. Selanjutnya, Baca sini.

Tapi masih ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Walhal ianya jelas lagi nyata. 'Kesefahaman' yang mereka miliki hari ini hanya sekadar Superficial. Indah dimata, tapi buruk dihati. Jangan lihat hanya sekadar dengan mata kasar. Buka ruang sikit untuk melihat dengan mata hati.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping