Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut tergerak hati untuk membentangkan beberapa faedah yang bakal diperolehi sekiranya Perpaduan Ummah ini menjadi kenyataan.
1. Perjuangan Agama dapat diperluaskan dan dipelbagaikan sekiranya dua kepala disatukan. Sudah pasti pelbagai idea yang bernas dan baru mampu diperolehi melalui perundingan dan pemuafakatan diantara mereka,
2. Seperti kata Presden PAS semalam bahawa majoriti rakyat miskin dalam negara terdiri daripada golongan yang berbangsa Melayu. Kenapa perkara ini wujud? Kerana dua parti majoriti Melayu bertelagah secara berterusan tanpa dapat duduk berunding semeja untuk menilai dan mendekati masalah sebenar Melayu di Malaysia.
3. Jangan pertikaikan bahawa perkara ini berlaku keran UMNO tidak benar - benar memperjuangkan Melayu keran secara dasarnya PAS juga gagal dalam usaha ini. Bukti yang jelas di Kelantan yang sehingga kini masih di tangga pertama carta rakyat miskin.
4. Dengan wujudnya Perpaduan Ummah, maka satu garis panduan boleh dicapai bagi memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera untuk menangani masalah ini. Mampukah orang lain mencabar hak ini sekiranya Melayu bergabung menjadi satu. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.
5. Perjuangan Islam juga dapat dipertingkatkan melalui permuafakatan yang dicapai oleh kedua - dua pihak sekiranya mereka tidak bertelagah. Masalah judi, arak dan maksiat mampu dibenteras seandainya Umat Islam bersatu.
6. Pendidikan Islam dan kehidupan belandaskan syariat juga mampu dipupuk serta disemai dikalangan anak muda remaja bagi menangani masalah sosial yang semakin hari semakin buruk serta kerap berlaku di negara ini.
Namun, perkara ini tidak pernah dibawa berbincang dan kedua - dua pihak tidak pernah duduk semeja. Baik di kalangan PAS sendiri, mereka juga bertelagah sesama sendiri. Suatu ketika dahulu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah membentuk satu Jawatankuasa bagi membincangkan Perpaduan Ummah.
Walaubagaimana pun, Allah S.W.T lebih sayangkan Fadzil Noor dan mahu Melayu Islam di Malaysia menghadapi ujian Nya dengan hati yang terbuka. Allah S.W.T menguji pemimpin - pemimpin Islam di Malaysia ini untuk mewujudkan Perpaduan Ummah agar mereka bertambah keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Pesoalannya, kenapa legasi ini tidak diteruskan?
Semut sedar, walau apa pun yang Semut katakan disini, ianya sukar bagi kedua - dua pihak. Kedua - dua pihak tidak mahu mengalah dan tidak mahu dikatakan lemah. Mungkin inilah ujian terbesar yang Allah S.W.T berikan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia.
Seandainya umat Islam di seluruh dunia juga bersatu, tidak mungkin Rejim Israel dan sekutu - sekutunya boleh terlepas dari menyiksa orang Islam di merata - rata. Tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku. Rakyat Palastine mati dibunuh, diseksa dan ditindas dengan kejam SEDANGKAN 6 NEGARA ISLAM LAIN MENGELILINGI BUMI PALASTINE.
Lagi Haji Hadi nak heran mengapa Melayu di Malaysia Miskin?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.