Sabtu, Ogos 07, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sekali lagi desakan terhadap usul Perpaduan Ummah diketengahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini. Desakan yang dibuat sebelum ini telah ditolak mentah - mentah oleh PAS kerana melihat usul tersebut sebagai propaganda politik UMNO untuk meraih sokongan orang Melayu. Malah spekulasi yang dikeluarkan terhadap usul tersebut sebelum ini turut menyatakan bahawa UMNO lemah dan sebagainya.

Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengulas kenyataan Hadi Awang terhadap Hak Orang Melayu dan Bumiputera perlu dikekalkan sebelum ini. Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Haji Hadi kerana turut memahami dasar Perlembagaan Negara walaupun ianya dilihat bertentangan dengan pendirian komponen lain dalam pembangkang.

Haji Hadi semalam menyatakan bahawa hak Melayu dan Bumiputera perlu dikekalkan atas sebab kebanyakan masyarakat yang miskin di negara ini terdiri dari golongan Melayu. Maka adalah wajar hak tersebut dikekalkan. Beliau menjawab soalan pemberita ketika diminta mengulas cadangan Tony Pua kepada Kerajaan Selangor untuk memansuhkan diskaun hartanah kepada bumiputera sebelum ini.

Tidak cukupkah dengan sebab ini Melayu dan Islam kembali bersatu? Tidak cukupkah dengan alasan yang bukan kecil sebegini dijadikan realiti untuk UMNO dan PAS selaku parti yang majoritinya Islam untuk mewujudkan Perpaduan?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping